UMK Bachok 30 Disember 2025 I Seramai 48 pelajar dari keluarga asnaf/B40 menerima surat tawaran di bawah Program Pembangunan Siswa SULUNG (SULUNG) untuk keperluan pengajian dan meringkan beban sara hidup mahasiswa di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Majlis penyampaian surat tawaran itu telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail bagi mewakili Naib Canselor UMK di Bilik Mesyuarat Pendaftar, Bangunan Canselori, UMK Bachok, Kelantan, hari ini.
Menurut Prof. Dr. Mohammad, program ini akan memberikan pengecualian yuran pengajian kepada mahasiswa untuk membantu meringankan beban kewangan sepanjang melanjutkan pengajian di universiti.

Katanya, menerusi insiaif ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pelajar untuk memastikan mereka tidak keciciran dalam pendidikan tinggi.
βPada sesi kali ini, sebanyak RM200,000.00 diagihkan kepada pelajar melalui pengecualian yuran pengajian hasil sumbangan pembiayaan oleh pihak MAYBANK Islamic Berhad dan kewangan Universiti.

Justeru, UMK merakamkan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada MAYBANK Islamic Berhad atas sumbangan berterusan dalam pelbagai program anjuran UMK.
βSaya berharap pelajar yang menerima sumbangan ini dapat menggunakan kemudahan pengecualian ini dengan baik. Uruskan kewangan dengan berhemat dan gunakan ia untuk pembelian keperluan pengajian dan sara hidup dengan,β katanya.












_large.jpeg)





