KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

UMK SASAR TERSENARAI RANKING UNIVERSITI 1,000 TERBAIK DI DUNIA

UMK SASAR TERSENARAI RANKING UNIVERSITI 1,000 TERBAIK DI DUNIA

PENGKALAN CHEPA 22 Januari I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) meletakkan sasaran 90 peratus pencapaian kebolehpasaran graduan atau Graduate Employability (GE) termasuk menyasarkan 30 peratus jumlah graduan menceburi bidang keusahawanan menjelang 2030 sebagai Pelan Perancangan Kecemerlangan UMK sepanjang tahun ini.

Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail berkata, pada tahun 2019 UMK telah berjaya mencatat pencapaian membanggakan apabila lebih 88.82 peratus graduan mendapat pekerjaan selepas tempoh enam bulan sehingga satu tahun tamat pengajian di Universiti. Sekaligus menempatkan UMK di dalam kelompok lima tangga teratas (TOP 5) di antara Univesiti Awam.

Beliau berkata, UMK turut mencatat kejayaan demi kejayaan antaranya peningkatan kemasukan pelajar iaitu sebanyak 27 peratus, graduan usahawan yang pertama 9.8 peratus, mendapat hampir dua kali ganda geran penyelidikan iaitu sebanyak RM7.5 juta dan memenangi 30 pingat di dalam pelbagai penyertaan pertandingan.

“Pada tahun ini, UMK melakar kejayaan pertama memenangi kategori ‘Student-Driven Sustainability Project of the Year Award’ dan tempat ketiga bagi kategori ‘Entrepreneurial Leader of the Year Award’ di Majlis Penganugerahan Asia-Pacific Triple E Awards on Entrepreneurship and Engagement Excellence in Higher Education (ACEEU) 2020, di India.

“Harapan seterusnya, selaku Universiti Keusahawanan kita menyasarkan UMK menjuarai pertandingan Ministry of Education Entrepreneurial Awards (MEA) 2020, ” katanya pada Majlis Amanat Naib Canselor UMK Bagi Tahun 2020 bertemakan Nothing Is Impossible di Dewan Keusahawanan, Kampus Kota, pada 22 Januari 2020.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Pendaftar UMK, Puan Mazula Sabudin.

Pada majlis itu, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi dan Pengurusan Tertinggi UMK turut menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Promosi Akademik UMK. Turut berlangsung ialah persembahan lagu tema iaitu Nothing Is Impossible oleh Kumpulan Koir UMK.

Mengulas ucapan amanatnya, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi, berkata Universiti akan memperhebat peranannya dengan meletakkan sasaran untuk tersenarai dalam kelompok 1,000 universiti terbaik di dunia mengikut penarafan QS World University Rankings selain menyasarkan memperoleh penarafan empat bintang dalam Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA).

Katanya, penarafan empat bintang ini menjadi harapan universiti dalam mencapai sasaran menjadi antara 1000 universiti terbaik di dunia dan sebagai Universiti Keusahawanan Nombor satu di Malaysia, ASEAN dan Asia menjelang tahun 2030.

Ulasnya lagi, apabila merujuk kepada pencapaian UMK pada tahun 2019, sasaran itu bukan mustahil kerana adanya keupayaan dan kejayaan yang dicapai universiti sepanjang tahun 2019 termasuk dari aspek penyelidikan dan inovasi dengan memperoleh peningkatan jumlah geran penyelidikan berjumlah RM7.5 juta. Di samping itu, kita berjaya memperoleh 30 pingat emas dalam pelbagai pertandingan inovasi di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Manakala, dalam memperkasakan tadbir urus penyelidikan dan inovasi ke arah dinamik dengan memperkenalkan lebih banyak insentif baru seperti Grant @ UMK, Sistem Pengurusan Penyelidikan, RMIC Coffee Talk, Teh Tarik Talk serta menjalankan penyelidikan yang relevan serta memberi impak besar kepada masyarakat dan industri,” katanya.
Sementara itu, UMK turut memperkenalkan dua program akademik baharu tahun depan di samping menambah bilangan program yang berasaskan Work-Based Learning dan meningkatkan inovasi Outcome Based Education Management System.

Sementara itu, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi, berkata usaha untuk mewujudkan industri dalam kampus ini menunjukkan komitmen pihak universiti dalam mendukung keusahawanan berteraskan inovasi dengan mengukuhkan UMK sebagai entiti keusahawanan yang bereputasi tinggi selaras dengan Dasar Keusahawanan Negara (DKN 2030).

“Kita akan terus berusaha untuk membangunkan aktiviti keusahawanan dengan menyediakan ekosistem yang lengkap dengan sistem sokongan, pembiayaan, bimbingan dan latihan termasuk menumpukan kepada aspek keusahawanan berasaskan inovasi dan lain-lain. Kesemua ekosistem ini disokong oleh Pusat Keusahawanan UMK (UMKEI),” katanya.

Oleh:
Pusat Komunikasi Korporat

Web Traffic

2.png7.png7.png5.png5.png6.png
Today170
Yesterday403
This week1549
This month8447
Total277556

Who Is Online

4
Online

2024-03-29

Search