KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

UMK LANCAR LAMAN E- DAGANG UNIK19.COM BUKA PELUANG KEPADA KOMUNITI USAHAWAN PASARKAN PRODUK MASING-MASING

PENGKALAN CHEPA 3 OKTOBER I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyediakan peluang perniagaan secara online kepada penyelidik, usahawan dan komuniti niaga untuk memasarkan produk mereka menerusi platform Laman E Dagang UNIK19.com.

Sistem jualan atas talian ini dibangunkan oleh Institut Keushahawanan UMK (UMKEI) melalui geran projek keusahawanan berimpak tinggi yang disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Platfrom UNIK19.com adalah nama simbolik kepada UMK selaku universiti awam ke 19.

Pengarah UMKEI, Prof.Dr.Nik Maheran Nik Mohamed berkata, pelancaran UNIK19.com adalah seiring dengan perkembangan ledakan teknologi IR4.0 bahawa pentingnya digital platform untuk memasarkan produk secara atas talian atau maya.

Katanya, pasaraya atas talian ini, di bangunkan oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Azwadi Sulaiman dan projek ini di ketuai oleh Dr. Siti Fatimah Mohd Ramli pensyarah dan penyelidik dari Fakulti Industri Asas Tani (FIAT).

“Laman UNIK19.com akan memudahkan penyelidik atau usahawan baharu berniaga memasarkan produk hasil penyelidikan pensyarah UMK serta produk pelajar dan pensyarah yang lain. Platform ini memudahkan mereka membuat transaksi jualan dan pembelian selain tidak menghadapi sebarang masalah berhubung simpanan stok barangan,” katanya pada majlis pelancaran Laman UNIK19.com oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah sempena Program Gerak Gempur keusawahanan 2.0, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, baru-baru ini.

Menurut Prof.Nik Maheran, laman UNIK19.com telah memasarkan lebih 30 produk hasil penyelidikan pensyarah dan pelajar telah di paparkan untuk pasaran umum di aplikasi UNIK19.com.

Katanya, laman ini juga menyediakan saluran tambahan untuk memasarkan dan menjual produk UMK.

“Melalui laman ini, kami berharap produk UMK akan lebih terdedah kepada umum dan lebih ramai pelanggan dapat mengakses produk yang diperlukan oleh mereka. Platform sebegini juga dapat mengurangkan kos pemasaran berbanding saluran jualan lain,” katanya lagi.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat UMK

Web Traffic

2.png7.png7.png3.png8.png0.png
Today397
Yesterday405
This week1373
This month8271
Total277380

Who Is Online

1
Online

2024-03-28

Search