KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

KERJASAMA UMK DAN NADICORP SEDIA BANTUAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN USAHAWAN MIKRO

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) dan NADICORP Holdings Sdn. Bhd bekerjasama memperkenalkan Program Endowmen Pembangunan Usahawan dengan menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan yang disasarkan kepada usahawan mikro untuk mendapat akses membiayai keperluan modal permulaan perniagaan.

 Dana Endowmen ini adalah sumbangan daripada pihak NADICORP Holdings kepada UMK khususnya untuk memartabatkan agenda keusahawanan sekaligus membantu universiti dalam meningkatkan pengurusan dan pembangunan serta program lain seperti penyelidikan.

Program Endowmen Pembangunan Usahawan NADICORP – UMK Fasa pertama telah bermula pada 13 Februari 2017 yang disampaikan oleh Pengerusi dan Pengarah Urusan Nadicorp Holdings Sdn Bhd., Tan Sri Dato’ Sri Dr.Nadzmi Mohd Salleh.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar berkata, melalui program ini UMK boleh menyediakan kemudahan pinjaman kepada usahawan dengan terma yang lebih mudah dan mendapat kelulusan pinjaman lebih pantas berbanding institusi kewangan kovensional.

Beliau berkata, dana endowmen itu adalah sumbangan NADICORP Holdings Sdn. Bhd dimana seramai 10 usahawan telah terpilih untuk menerima pembiayaan Fasa 1 pada Februari lalu.

“Usahawan yang layak mendapat pembiayaan pinjaman ini melalui syarat dan sesi temuduga yang telah diadakan pada 2 November 2017 bertempat di UMK Kampus Kota, baru-baru ini.

“Sejak diperkenalkan sebanyak 72 syarikat mikro yang telah dikenalpasti, di mana sebanyak 30 syarikat memohon dan 10 syarikat telah berjaya dipilih untuk peringkat pertama manakala untuk fasa kedua hari ini seramai tiga usahawan layak menerima pinjaman menerusi dana endowmen ini.

“Projek ini adalah bersifat microcredit dan usahawan-usahawan ini bukan sahaja diberi pembiayaan tetapi juga mendapat bimbingan dan latihan daripada UMK menerusi Pusat Penyelidikan Keusahawanan dan Inovasi Global (GERIC) UMK,” katanya pada Majlis Penyerahan Cek Program Endowmen Pembangunan Usahawan Fasa 2, di Galeri Pembangunan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 19 November 2017.

Turut hadir, Pengarah GERIC UMK, Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad.

Pada majlis itu, Prof. Dato’ Dr. Ibrahim menyerahkan cek pembiayaan berjumlah RM5,000 setiap seorang kepada tiga penerima iaitu Mohd Yusri Mohamad, 42, yang merupakan pembekal ikan air tawar; Nik Mas Roslina Jaffar, 41, (pengusaha aiskrim) dan Junaida Abdul Aziz, 39 (perunding kewangan).

Tambah beliau, ketiga-tiga usahawan bukan sahaja menerima pinjaman mudah bahkan akan dipantau dan dibimbing melalui siri kursus dan sistem mentor termasuk mendapat peluang memasarkan produk mereka melalui rangkaian kerjasama UMK.

“Harapan saya juga agar projek ini dapat membantu usahawan bukan sahaja dari segi pembiayaan modal pusingan tetapi juga peningkatan pengetahuan usahawan melalui bimbuingan dan latihan yang akan diberi oleh UMK dari semasa ke semasa,” katanya.

 Endowmen1

Endowmen2

Web Traffic

2.png8.png3.png1.png0.png9.png
Today115
Yesterday273
This week1460
This month4957
Total283109

Who Is Online

1
Online

2024-04-19

Search