KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

UMK BANTU GOLONGAN OKU TERLIBAT INDUSTRI PENTERNAKAN

BACHOK, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berkongsi kepakaran industri penternakan dengan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam usaha membantu serta mendorong golongan berkenaan menceburi bidang keusahawanan.

Naib Canselor UMK, Prof. Dato' Dr. Noor Azizi Ismail berkata kepakaran itu dikongsikan menerusi Projek Ternakan Ayam Kampung Kacuk bagi membantu sembilan peserta OKU daripada Pusat Pemulihan OKU (PROKA) Kampung Aur Telong, Bachok.

“Projek ini melibatkan seramai 10 pelajar UMK daripada Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) yang menyumbangkan kemahiran serta ilmu penternakan dari segi teori dan praktikal sebagai panduan kepada peserta OKU menguruskan ladang ayam.

“Mereka (pelajar) memberikan kepakaran kepada peserta projek ini bermula daripada proses penternakan sehingga pemasaran serta perniagaan,” katanya selepas melawat tapak Projek Ternakan Ayam Kampung Kacuk di PROKA Kampung Bachok di sini, hari ini.

Terdahulu, majlis itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri, YB Rohani Ibrahim.

“Selain kepakaran teknikal, apa yang penting adalah mengubah minda peserta yang terlibat dalam projek ini…sekiranya minda mereka berubah, projek ini akan berjaya dan selepas ini kita akan cuba melibatkan ramai lagi pelajar termasuk graduan yang sedang menunggu pekerjaan,” kata Noor Azizi.

Menjelas lanjut, beliau berkata projek tersebut akan dilaksanakan selama setahun bermula Mac lepas hingga Februari 2022 dengan jumlah peruntukan RM99,800 daripada dana zakat Permodalan Nasional Berhad (PNB).

“Projek ini turut membabitkan kerjasama FPV UMK, Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (INSPEK) UMK dan Majlis Pemulihan Negeri Kelantan (MPNK) dan kami sasarkan anak ayam kampung kacuk mampu dikembangkan kepada 24,000 ekor dalam tempoh setahun projek ini,” katanya.

oku1

Web Traffic

2.png8.png3.png3.png4.png4.png
Today59
Yesterday291
This week1695
This month5192
Total283344

Who Is Online

2
Online

2024-04-20

Search