KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

PAMERAN PENDIDIKAN DAN PRODUK KEUSAHAWANAN UMK SEMPENA KARNIVAL KPT KELUARGA MALAYSIA

BATU PAHAT 17 Februari 2022 I Menteri Pengajian Tinggi, YB. Dato' Dr. Noraini Ahmad meluangkan masa melawat booth pameran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Sempena Pameran Karnival Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), di Dewan Seri Mahkota, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat, Johor Darul Takzim, hari ini.

Beliau turut mendengar taklimat berkenaan peluang pendidikan yang ditawarkan di UMK dan diberi penerangan oleh usahawan pelajar UMK berkaitan produk yang telah dihasilkan.

Karnival tersebut telah bermula hari ini sehingga 19 Februari dan akan dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan menyempurnakan majlis perasmian Karnival KPT Keluarga Malaysia pada Jumaat ini.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti pameran pendidikan tinggi, ceramah dan bimbingan kerjaya, taklimat kemasukan ke IPT, demonstrasi TVET, pendaftaran I-SSPN dan khidmat nasihat berkaitan pembiayaan pengajian dan akreditasi.

Sebelum itu, YB Dato' Dr. Noraini turut menyempurnakan majlis perasmian Tautan Mesra Komuniti Parit Sulong dan simbolik penyerahan anak angkat bagi Program Jelajah Johor Bersama SOHOR.

Web Traffic

2.png8.png3.png1.png6.png9.png
Today175
Yesterday273
This week1520
This month5017
Total283169

Who Is Online

2
Online

2024-04-19

Search