KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

PROGRAM KPT PRIHATIN KELUARGA MALAYSIA: EDISI KEUSAHAWANAN DENGAN KERJASAMA KUSKOP

 

KOTA BHARU 25 April 2022 I Menteri Pengajian Tinggi (KPT), YB. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad hadir ke program Program KPT Prihatin Keluarga Malaysia: Edisi Keusahawanan Siri 3 di Kelantan.


Program sehari anjuran KPT itu diadakan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan UMK selaku tuan rumah telah berlangsung di Hotel Holiday Villa, di Kota Bharu, Kelantan, hari ini.


Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Dr Mohd Zabri Yusoff, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT), Dato' Dr. Husaini Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YB. Senator Tan Sri Haji Mohammad Fatmi Che Salleh dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Dato' Hj. Zaluzi Sulaiman.


Hadir sama, Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Razli Che Razak dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah.


Pada majlis itu, turut berlangsung sesi Taklimat KPT berkaitan inisiatif IPT for Society (UNiTY) – Entrepreneurship oleh Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, JPT-KPT, Dato’ Mohd Sharil bin Abdullah.


Manakala Forum Keusahawanan Solusi Perniagaan: Sinergi Bersama Agensi oleh penceramah jemputan iaitu Pengarah Bahagian Pembiayaan, Perancangan dan Bajet, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Puan Rozita binti Muhamad @ Othman,Timbalan Pengarah SKM Kelantan, Encik Mohd Shihabuddin bin Mohd Yazid, Pegawai Eksekutif, TEKUN Nasional, En. Mohd Awaliff bin Che Hassan manakala Pengarah Kanan Institut Keusahawanan (UMKEI), Prof. Dr. Mohammad Ismail selaku moderator.


Pada program itu, peserta diberi pendedahan berkenaan inisiatif-inisiatif keusahawanan yang ditawarkan oleh kedua-dua kementerian dalam membantu para mahasiswa menceburi bidang perniagaan.


Turut berlangsung, pameran keusahawanan oleh usahawan pelajar UMK dan JPPKK.


Selain itu, Dato' Seri Dr. Noraini turut meluangkan masa untuk Majlis Ramah Mesra bersama Menteri Pengajian Tinggi dengan mahasiswa/siswi dan

pemimpin masyarakat yang hadir.

 

4

 

1

 

3

 

5

 

Web Traffic

2.png7.png7.png5.png8.png7.png
Today201
Yesterday403
This week1580
This month8478
Total277587

Who Is Online

1
Online

2024-03-29

Search