KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

UMK KOMERSIALKAN TANAMAN, PRODUK BERASASKAN KUNYIT HITAM

 

KOTA BHARU: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerusi Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) sedang membangunkan projek perintis ladang agroforestry atau perhutanan tani dan produk kesihatan berasaskan kunyit hitam untuk dikomersialkan.

 

Pensyarah Kanan FBKT Prof Dr Wan Mohd Faizal Wan Ishak berkata, UMK dan syarikat Magical Wisdom bekerjasama dalam penanaman 200,000 anak benih kunyit hitam secara organik tanpa menggunakan baja kimia.

 

Katanya tumbuhan itu berpotensi tinggi di pasaran kerana merupakan spesies tumbuhan herba daripada kelompok keluarga halia yang telah digunakan dalam perubatan tradisional sejak berzaman lagi.

 

"Antara penemuan yang telah dibuat termasuk ia mampu meningkatkan aktiviti metabolisme sel badan, antikanser, pengenduran saluran darah, perlindungan jantung, peningkatan aktiviti seksual, perlindungan saraf, antialahan (alergi) serta antibakteria.

 

"Kajian juga mendapati penggunaan kunyit hitam memberikan perlindungan kesihatan serta kekuatan tenaga, dan pihak kami masih menjalankan penyelidikan secara mendalam untuk memahami apakah mekanisme tindak balas yang berlaku di dalam badan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

 

Wan Mohd Faizal berkata kunyit hitam mempunyai kandungan dua bahan aktif bioflavonoid serta methoxyflavones yang sangat tinggi, dan kedua-dua bahan ini sangat diperlukan oleh badan manusia untuk memperbaiki sistem tubuh selain ia mempunyai kesan pemulihan yang cepat.

 

"Bekalan kunyit hitam di Malaysia agak sukar diperoleh, dan faktor itu menjadikan pokok kunyit hitam tidak begitu popular seperti tanaman herba lain. Tumbuhan ini berasal dari Thailand serta Kemboja, dan lazimnya di import dari Thailand, Taiwan dan India.

 

"Oleh itu harganya agak mahal sehingga boleh mencecah antara RM500 dan RM1000 sekilogram, selain penanamannya di Malaysia masih agak terhad kerana ia mudah terdedah oleh serangan penyakit," katanya.

 

4.1 3

 

 

4 3

 

 

1 3

 

 

2 3

 

 

3 3

 

 

6 3

 

 

7 3

Web Traffic

1.png2.png3.png5.png3.png0.png
Today191
Yesterday294
This week191
This month3769
Total123530

Who Is Online

2
Online

2022-08-15

Search