KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

UMK BANGUNKAN PROJEK PENANAMAN GERMPLASM KELAPA


BACHOK 7 Februari 2024 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Agro Techno Park (ATP), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) kini sedang membangunkan projek penanaman Germplasm Kelapa di Ladang Agro Techno Park (ATP), UMK Bachok, Kelantan.
Projek penanaman Germplasm Kelapa ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, sebagai salah satu projek berimpak tinggi dan mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada universiti pada masa hadapan.

180324-04-02.jpg
Menurut Prof. Ts. Dr. Arham, Universiti berhasrat menjadikan projek pembinaan Germplasm Kelapa di Ladang ATP ini sebagai pusat rujukan, penyelidikan dan latihan penanaman kelapa terbaik kepada masyarakat serta usahawan tani di Negeri Kelantan.
Katanya, dana bagi membiayai projek ini adalah hasil daripada sumbangan di bawah projek Lembah Baraqah yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan, YB Ust Hj Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berjumlah RM20,000, pada Oktober 2020.
“Plot germplasm kelapa ini menempatkan beberapa varieti kelapa di Malaysia untuk dijadikan showcase di UMK pada masa akan datang.
”Antara vaieti kelapa yang ditanam adalah mataq, sungai gulang-gulang (SGG), tacunan pandan, mareela, cerani dan lain-lain.Penanaman ini akan melibatkan sebanyak 18 hingga 20 pokok daripada setiap varieti dan dijangka dalam tempoh tiga tahun pokok kelapa akan membuahkan hasil ,” katanya.

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png7.png3.png
Today285
Yesterday316
This week285
This month8221
Total286373

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search