KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

USAHASAMA UMK DAN SME BANK MALAYSIA JALIN KERJASAMA PERKASA INISIATIF PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

KOTA BHARU 12 Mei 2024 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) dan SME Bank Malaysia (SME Bank) menandatangani  Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam memperkasakan usahawan melalui inisiatif pembelajaran sepanjang hayat.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato' Dr. Razli Che Razak dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Wira (Dr.) Aria Putera Ismail di Ignite Venture Lab (IVL), UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, hari ini.

030724-01-01.jpg

Turut menyaksikan MoU tersebut ialah Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan SME Bank, Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato' Dr. Nik Maheran Nik Muhammad.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Razli, MoU kedua-dua pihak ini menggariskan usaha bersama untuk memupuk keusahawanan dalam sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Malaysia.

030724-01-02.jpg

Katanya,  kerjasama ini adalah bukti dedikasi UMK ke arah memupuk ekosistem yang kondusif untuk PMKS untuk lebih berkembang maju.

"Sebagai sebuah universiti keusahawanan dengan tumpuan khusus terhadap pengajian keusahawanan dan perusahaan, UMK komited untuk memperkasakan pemimpin perniagaan masa depan.

030724-01-03.jpg

"UMK akan bekerjasama dengan SME Bank dalam pelbagai bidang seperti penyediaan program pembelajaran sepanjang hayat, penyelidikan dan pembangunan, penggunaan kemudahan makmal dan fasiliti.

“Selain itu, MoU ini turut menyediakan program sangkutan industri, program internship/praktikum, program-program pembangunan keusahawanan, serta bantuan kewangan kepada graduan yang berpotensi untuk menerajui syarikat-syarikat spin-off dan banyak lagi.

030724-01-04.jpg

“Semua bidang kerjasama ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada kedua-dua pihak serta masyarakat secara keseluruhan,” katanya.

Sementara itu, Datuk Wira (Dr.) Aria Putera MoU berharap kerjasama ini  dapat memanfaatkan kepakaran akademik dan sumber dari UMK untuk menyediakan penyelesaian yang disesuaikan sejajar dengan keperluan PMKS yang semakin berkembang.

030724-01-05.jpg

"Kerjasama ini turut disokong oleh kepakaran di bawah Centre For Entrepreneur Development And Research (CEDAR), SME Bank CEDAR, iaitu anak syarikat milik penuh SME Bank yang telah berjaya melatih lebih 80,000 peserta program, kami yakin kerjasama ini akan memacu pembangunan keusahawanan dengan lebih ketara ke hadapan," katanya.

030724-01-08.jpg

Pada majlis itu, turut diadakan taklimat khas mengenai program pembelajaran sepanjang hayat atau Life Long Learning kepada kakitangan SME Bank yang disampaikan oleh Dekan MGSEB, Prof. Madya Dr Noorshella binti Che Nawi.

 

Sesi taklimat  ini merupakan usaha bersama untuk meningkatkan kebolehan dan kecekapan semua kakitangan SME dalam menghadapi cabaran semasa serta Pembangunan Kemahiran Kepimpinan.

030724-01-09.jpg

 
030724-01-10.jpg

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-09-24

Search