KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

UMK JALIN KERJASAMA DENGAN ROYAL CANIN MALAYSIA, TAJA PUSAT PELAJAR FAKULTI PERUBATAN VETERINAR

BACHOK 2 Mei 2024 I Syarikat jenama peneraju makanan kesihatan dan nutrisi bagi kucing dan anjing terkemuka, Royal Canin Malaysia (RCM) menandatangani Memoradum Mersefahaman (MoU) dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk kerjasama akademik termasuk pendidikan kesihatan dan kesejahteraan haiwan.

030724-05-01.jpg

MoU ini disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak dan Ketua Pemasaran Royal Canin Malaysia, Ms. Teh Meng Li, di American Corner, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), Universiti Malaysia Kelantan, Bachok, hari ini.

030724-05-02.jpg

Turut hadir, Dekan FPV,  Prof. Madya Dr. Mohd Farhan Hanif Reduan.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Razli, kerjasama UMK dan Royal Canin telah berlangsung sejak 2014 melalui pelbagai inisiatif menerusi aktiviti dan program pendidikan veterinar di UMK.

030724-05-03.jpg

Beliau berkata, antara inisiatif kerjasama yang telah dilaksanakan selama ini antara UMK dan RCM ialah program pembangunan pelajar, pembangunan fasiliti, kerjasama penyelidikan, seminar dan persidangan, penajaan dan pelbagai lagi.

030724-05-04.jpg

“Pihak RCM juga telah menaja penubuhan Pusat Pelajar (Student Centre) di FPV di UMK Pengkalan Chepa yang siap sepenuhnya pada Februari 2024 bagi kemudahan dan aktiviti persatuan pelajar di FPV termasuk mesyuarat, perbincangan dan program rasmi.

030724-05-05.jpg

“Lebih membanggakan, RCM melalui program duta pelajarnya telah memberi peluang kepada pelajar veterinar UMK untuk mengikuti latihan amali di sebuah fakulti veterinar yang terkemuka di Australia, New Zealand dan negara lain,” katanya.

Tambah beliau, pelaksanaan MoU antara FPV dan RCM mampu diperkasakan lagi untuk manfaat kedua-dua pihak sekaligus menjadi pemangkin kepada industri veterinar yang semakin berkembang di Malaysia.

030724-05-06.jpg

030724-05-08.jpg
 
030724-05-010.jpg
 
 
 

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-11-07

Search