KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

UMK MAHU DIGITAL ADVANCED MEDIA STUDIO MENJADI HAB INDUSTRI KREATIF DAN KEUSAHAWANAN DIGITAL DI PANTAI TIMUR


BACHOK 29 Julai 2024 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melakar sejarah apabila mewujudkan studio berteknologi tinggi yang berfungsi sebagai pusat pembelajaran dan pengajaran serta penyedia perkhidmatan pengeluaran industri kreatif terbaik di Pantai Timur.
Dikenali sebagai Digital Advanced Media Studio (DAMS)@Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) ini membolehkan perkhidmatan pengeluaran industri kreatif seperti studio rakaman muzik, multimedia, fotografi, produksi video dan animasi dapat dihasilkan di studio ini.

100924-07-01.jpg
Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Dr. Razli Che Razak berkata, studio DAMS bukan sekadar tempat untuk menghasilkan muzik, tetapi juga sebagai pusat pembangunan bakat-bakat baharu, tempat bertukar renung fikir dan inspirasi, serta platform untuk kolaborasi yang lebih erat dalam kalangan pemuzik, penerbit, pengamal media dan semua yang terlibat dalam dunia seni kreatif.
Beliau menyifatkan dengan adanya studio ini akan membuka lebih banyak peluang penjanaan pendapatan, dan pada masa yang sama menjambatani jalinan kerjasama dengan penggiat seni tanah air, terutamanya bakat-bakat muda, untuk mengejar impian mereka dan memajukan industri seni negara.

100924-07-02.jpg
“Kita semua sedia maklum bahawa seni kreatif seperti muzik mempunyai kuasa untuk menyatukan, menginspirasikan, dan memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat.
“Saya berharap agar studio ini akan menjadi pusat kecemerlangan yang bitara dan melahirkan lebih ramai cerdik pandai dalam bidang seni dengan karya-karya yang berkualiti tinggi.
“Semoga usaha kita semua diberkati dan membawa manfaat yang besar kepada industri seni tanah air dan masyarakat keseluruhannya,” katanya pada Majlis Perasmian DAMS di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), UMK Bachok, hari ini.

100924-07-03.jpg
Turut hadir, Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa), Prof. Ts. Dr. Arham bin Abdullah dan Dekan FTKW, Prof. Madya Dr. Raja Iskandar bin Raja Halid.
Sementara itu, Prof. Madya Dr. Raja Iskandar berkata, penubuhan DAMS@FTKW adalah hasil tranformasi studio yang sedia ada di fakulti dan penambahan peralatan baharu dan studio ini sudah mula beroperasi pada Januari 2024.
Katanya, selain daripada penjanaan pendapatan di fakulti studio ini juga akan menambahbaik penyampaian PdP di FTKW.

100924-07-05.jpg
“Pelancaran DAMS@FTKW ini memberi suntikan baharu kepada staf di fakulti untuk melibatkan diri dalam keusahawanan digital dan industri kreatif. InsyaAllah, studio ini dapat menyumbang kepada komuniti dan masyarakat setempat bagi mengembangkan jaringan perkhidmatan ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.
Beliau berharap, DAMS menjadi platform yang tepat untuk menyuntik elemen pendidikan digital dan menyuburkan pengetahuan mengenai industri kreatif yang berkualiti tinggi.

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-09-24

Search