KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

KERJASAMA STRATEGIK MAJLIS PROFESOR UMK DAN JPN, MERAKYATKAN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN AI DI SEKOLAH

KOTA BHARU 17 Ogos 2024 I Majlis Profesor Universiti (MPU) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sentiasa merancang pelbagai strategi bagi menampilkan keterlibatan dan keterlihatan Universiti dalam kalangan masyarakat, terutama dalam memperkasakan pelbagai bentuk sumbangan kepakaran untuk membangunkan masyarakat.

Justeru, MPU UMK dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) menjalinkan kerjasama strategik menganjurkan Program Prakarsa Pendidikan Madani dan Merakyatkan Pendidikan Keusahawanan Ilmu AIpreneur di kalangan pelajar dan guru- guru sekolah di Negeri Kelantan.

110924-01-02.jpg

Menurut Pengerusi MPU UMK, YM Prof. Dr. Raja Suzana Raja Kassim, sasaran utama bagi program ini adalah guru-guru dan pelajar-pelajar di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Beliau berkata, program ini juga memberi tumpuan utama kepada pelajar-pelajar dari kategori berpendapatan rendah bawah 40 (B40).

“Pelbagai aktiviti diadakan dimana MPU UMK dijemput bagi program STEM dengan reka bentuk AI dalam pembungkusan makanan oleh SMK Sultan Ismail bagi pendekatan digital dalam pemasaran dan pembungkusan produk berasaskan makanan.

110924-01-03.jpg

“MPU UMK akan terlibat secara aktif dalam merancang dan menyediakan aktiviti yang relevan dan terkini mengenai pendidikan keusahawanan ilmu AI (AIPreneur) preneur.

“Ini selaras dengan matlamat Prakarsa Pendidikan Madani, Teras 5 yang bermatlamatkan akses pendidikan yang saksama, peluasan dasar Pendidikan STEM, membina ekosistem Pendidikan digital dan ekspresi aspirasi Malaysia Madani,” katanya pada Majlis Perasmian Program Prakarsa Pendidikan Madani dan Merakyatkan Pendidikan keusahawanan ilmu AIpreneur, di Kompleks JPN Kelantan, Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Program sehari itu dihadiri oleh 1,000 peserta dari sekolah-sekolah seluruh Kelantan.

110924-01-04.jpg

Sementara itu, Prof. Dr. Raja Suzana berkata, MPU UMK telah dijemput oleh SMK Sultan Ismail bagi menjayakan program STEM dengan pendedahan terhadap reka bentuk AI dalam pembungkusan makanan dan ilmu pemasaran digital kepada pelajar Sekolah Menengah Atas Tahap 2 dan juga pelajar lemah, yang diadakan pada 21 hingga 22 Ogos 2024.

Katanya,penceramah -penceramah yang juga merupakan “Lead Coach” bagi program ini adalah hasil kerjasama sukarela dari dua fakulti utama iaitu Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) dan Fakulti Sains Data (FSD) di Universiti Malaysia Kelantan.

“Program ini bertujuan memajukan dan merakyatkan pendidikan keusahawanan ilmu AIpreneur di kalangan pelajar dan guru-guru sekolah di Negeri Kelantan,” katanya.110924-01-06.jpg

110924-01-07.jpg

110924-01-08.jpg
 
110924-01-09.jpg
 
110924-01-10.jpg

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-11-07

Search