KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

PERSIDANGAN RESTS 2024 PENDEKATAN BAHARU UMK GABUNG LIMA PROGRAM PENYELIDIKAN DAN INOVASI


KOTA BHARU 8 September 2024 I Program Regional Entrepreneurship, Science & Technology Summit (RESTS’ 2024) platform terbaik kepada pemimpin, pemikir, pakar industri, penyelidik dan bakal usahawan membincangkan perkongsian dan maklumat terkini, amalan terbaik serta cabaran terkini untuk mengemudi dan memimpin pembangunan negara dalam landskap penyelidikan serta inovasi.

110924-07-01.jpg


Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Julie Juliewatty Mohamed berkata, platform ini penting untuk memupuk generasi baharu sebagai inovator yang serba boleh dalam bidang keusahawanan, sains dan teknologi yang kian berkembang pesat kini.
Beliau berkata, RESTS’ 2024 julung kali diadakan ini mengabungkan empat program iaitu Elsevier East Cost Symposium, Karnival Penyelidikan dan Inovasi (CRI2024), Persidangan Antarabangsa Veterinar Universiti Malaysia Kelantan (VAIC 2024) dan Persidangan Global Teknologi Wakaf dan Ekonomi Perniagaan (G-CWTBE).

110924-07-02.jpg
“Selain itu, turut diadakan Karnival STEM Kebangsaan 2024 bertujuan untuk memupuk minat pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).
“Karnival ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan kesedaran mengenai kepentingan STEM dalam pembangunan negara serta menyediakan platform bagi pelajar untuk menonjolkan kreativiti, inovasi, dan bakat mereka dalam bidang-bidang tersebut,” katanya pada Majlis Perasmian RESTS’ 2024 bermula 8 hingga 12 September 2024, di Dewan Keusahawanan dan Dewan Eksperimental, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.
Program bertemakan Innovating Tomorrow: Education at the Intersection of Entrepreneurship, Science, and Technology ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah bagi mewakili Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Dr. Razli Che Razak.

110924-07-04.jpg
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sultan Zainal Abidin, Prof. Ts. Shukor Abd. Razak dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kecemerlangan IPT, Jabatan Pendidikan Tinggi, Dr. Mohd Farhanulhakim Mohd Razip Wee dan Timbalan Pengerusi RESTS 2024, Prof. Madya Dr. Asrul Hery Ibrahim.
Sementara itu, Prof. Madya Dr. Asrul berharap program ini dapat mencetuskan idea-idea inovatif antara pendidikan, keusahawanan, sains, dan teknologi.
Katanya, selain itu RESTS 2024 dapat memperkukuhkan jaringan kerjasama antara para akademik, penyelidik, usahawan, pelajar, dan pihak industri serta membangunkan kapasiti pendidikan dan keusahawanan yang lebih dinamik serta relevan untuk menghadapi cabaran masa depan.

110924-07-05.jpg
“Persidangan ini juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan inovasi dalam pembangunan sosioekonomi yang mampan serta mendorong penglibatan komuniti dalam aktiviti keusahawanan dan inovasi,” katanya.
Justeru, RESTS 2024 menyediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang lima hari antaranya pertandingan dan pameran inovasi, pameran dan konsultasi daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), pameran dan konsultasi daripada Hannan Medispa Sdn. Bhd, program derma darah dan jualan makanan serta minuman.

110924-07-06.jpg
Turut berlangsung, program Sesi Bual Bicara oleh Pegawai Harta Intelek, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Sesi Bual Bicara oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hannan Medispa Sd. Bhd. selaku Prof. Adjung UMK Dr. Mohd Hannan Mohd Yusof.

Manakala, program RESTS menutup tirai dengan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah CRI2024.

110924-07-07.jpg

110924-07-08.jpg
 
110924-07-09.jpg
 
110924-07-10.jpg
 
110924-07-11.jpg
 
110924-07-12.jpg

Web Traffic

3.png5.png0.png5.png9.png5.png
Today145
Yesterday337
This week775
This month1572
Total350595

Who Is Online

7
Online

2024-11-06

Search