KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

POSTGRADUATE CARNIVAL @ UMK PERKUKUH JARINGAN ANTARA AKADEMIK, INDUSTRI, DAN KOMUNITI


KOTA BHARU, 20 November 2024 – Program Postgraduate Carnival @ UMK yang pertama kali dianjurkan di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, berjaya menarik penglibatan meluas daripada ahli akademik, pelajar pascasiswazah, alumni, dan pemain industri.
Menurut Dekan Pusat Pengajian Siswazah (PPS) UMK, Prof. Dr. Balakrishnan a/l Parasuraman, program ini menjadi platform unggul untuk memperkasa aktiviti akademik pascasiswazah yang kurang diberi perhatian sebelum ini.

231224_nov-19-01.jpg
“Program yang menggabungkan konferen penyelidikan, ekspo keusahawanan, dan seminar ini, memberi peluang kepada pelajar pascasiswazah untuk mewujudkan rangkaian kerjasama dengan penyelidik dalam dan luar negara.
“Selain itu, pelajar turut diberi ruang untuk mempamerkan potensi mereka melalui pertandingan 3 Minutes Thesis serta pameran penyelidikan yang menonjolkan kehebatan program dan kepakaran ditawarkan di UMK,” katanya pada Majlis Penutup Karnival.

231224_nov-19-02.jpg
Turut hadir ialah Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Prof. Madya Ts. Dr. Zailani Abdullah; Dekan Fakulti Hospitaliti, Pelancongan, dan Kesejahteraan, Prof. Madya Dr. Mohd Fadil Mohd Yusof; serta Pengarah Program, Dr. Nurul Hafizah Mohd Yasin.
Dr. Nurul Hafizah menambah bahawa pelbagai aktiviti telah diatur, termasuk seminar, sesi interaksi, dan bengkel yang memfokuskan kemahiran kritikal seperti komunikasi, pemikiran kreatif, dan pembelajaran kendiri.
“Program ini memberikan pengalaman bermakna kepada peserta, memperkasa kerjaya mereka, dan mengukuhkan jaringan antara akademik, industri, serta komuniti,” ujarnya.

231224_nov-19-03.jpg

231224_nov-19-04.jpg
 
231224_nov-19-05.jpg
 
231224_nov-19-07.jpg
 
 

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

4
Online

2025-12-30

Search