KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

PROGRAM NEW BREED MARKETING ENTREPRENEUR LATIH 150 PELAJAR IPTA/S JANA PENDAPATAN GUNA PLATFORM PEMASARAN DIGITAL

KOTA BHARU, 27 Oktober 2024 – Seramai 150 pelajar dari Universiti Awam (UA), Kolej Komuniti, Politeknik, dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di seluruh negeri Kelantan menerima latihan keusahawanan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menerusi program New Breed Marketing Entrepreneur (NBME).

Program sehari anjuran FAMA dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui UMK Entrepreneurship Institute (UMKEI) ini bertujuan untuk membimbing pelajar dengan ilmu keusahawanan sebagai persediaan kepada mereka untuk menjana pendapatan semasa masih belajar dan selepas tamat pengajian.

291224-okt-02-02.jpg

Pengarah Kanan UMKEI, Prof. Dr. Mohd. Nor Hakimin Yusoff, berkata kerjasama antara FAMA dan UMK ini adalah untuk membolehkan peserta menjana pendapatan sebagai usahawan dalam bidang pemasaran digital produk agromakanan.

Beliau berkata, program ini juga bertujuan untuk meluaskan jaringan produk usahawan, melahirkan usahawan muda, mencetuskan fenomena Job Creator bersama pelajar IPTA dan IPTS, serta membantu pelajar memahami konsep pemasaran dan trend terkini dalam industri pemasaran.

291224-okt-02-03.jpg

“Program ini menyasarkan belia berumur 17 hingga 25 tahun dan saya difahamkan seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada pelajar UMK, IPTA/S, kolej vokasional, kolej komuniti, dan politeknik di negeri Kelantan terlibat pada hari ini,” katanya.

Menurut beliau lagi, Program NBME merupakan program pembangunan usahawan baharu dalam kalangan pelajar IPT melalui konsep perniagaan dropship menggunakan platform Agrobazaar Online.

291224-okt-02-07.jpg

“FAMA bertanggungjawab memasarkan hasil industri agromakanan Malaysia, dan kolaborasi ini amat penting kerana UMK merupakan universiti awam yang berteraskan keusahawanan yang menyediakan bakat-bakat usahawan baharu,” tambahnya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Program NBME FAMA dengan kerjasama UMK di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, hari ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA, Encik Faisal Iswardi Ismail.

291224-okt-02-05.jpg

Turut hadir, Pengarah Kanan Pembangunan Modal Insan FAMA, Puan Siti Nurul Haida Ibrahim, Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan UMK, Prof. Madya Ts. Dr. Zailani Abdullah, Pengarah Bahagian Pemasaran Digital FAMA, Encik Faril Mushawwir Zulamran, dan Pengarah Centre for Entrepreneurship Education and Development (CEED) UMK, Dr. Mohd Safwan Ghazali.

291224-okt-02-06.jpg

Program yang berlangsung sepanjang satu hari ini merangkumi tiga slot utama, iaitu Taklimat NBME oleh Pegawai Ehwal Ekonomi (Kanan) FAMA, Encik Mohd Fahmi Mokhtar; Taklimat Pemasaran Digital Agrobazar Online oleh Encik Mohd Haiyat Zainuddin; dan Sesi Perkongsian & Bimbingan Usahawan FAMA Negeri Kelantan oleh Pengurus MH MOHD Industries Sdn. Bhd., Encik Muhamad Yusoff. Selain itu, turut diadakan Pendaftaran Ejen Pemasar di dalam portal Digital Agrobazaar Online.

291224-okt-02-01.jpg

 

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-09-24

Search