KEUSAHAWANAN

Keusahawanan

KERJASAMA STRATEGIK UMKEI & PUSAT ISLAM UMK BANTU PELAJAR DALAMI ILMU AGAMA DAN KEUSAHAWANAN

KOTA BHARU, 14 Oktober 2024 – Penganjuran Islamic Entrepreneurship Festival atau IE-FESTIVAL 2024 menjadi platform terbaik bagi mahasiswa/i untuk mendalami ilmu agama, membina hubungan yang lebih erat bersama rakan-rakan, serta menyertai aktiviti-aktiviti keusahawanan secara aktif.

Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Dr. Razli Che Razak berkata, mahasiswa/i UMK sewajarnya menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menyemai dan memperkukuh nilai-nilai Islam, yang secara tidak langsung dapat memperkayakan pengalaman hidup di kampus.

291224-okt-05-02.jpg

Beliau berkata, program kerjasama antara pihak UMKEI, Pusat Islam UMK, dengan sokongan Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti Malaysia (MAKMUM) dan Bank Rakyat Intrapreneur ini jelas bertujuan untuk membantu mahasiswa/i mendapatkan ilmu agama serta keusahawanan dalam suasana yang lebih santai dan menarik.

“Pelajar bukan sahaja dapat mendalami nilai-nilai Islam, tetapi juga berpeluang untuk menunjukkan bakat, mengasah kreativiti dan keyakinan diri, serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

291224-okt-05-04.jpg

“Semua ini penting untuk membantu para pelajar menjadi insan yang lebih cemerlang dan versatile dalam pelbagai aspek kehidupan, baik akademik mahupun rohani,” katanya pada perasmian IE-FESTIVAL 2024 dan Majlis Gimik Agihan Zakat di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah; Pengarah Kanan UMKEI, Prof. Dr. Mohd Nor Hakimin Yusoff; dan Pengarah Pusat Islam UMK, Dr. Mohd Rushdan bin Yasoa'.

291224-okt-05-02.jpg

Tambah Dato' Prof. Dr. Razli, UMK melalui Pusat Islam akan terus berperanan untuk membantu asnaf, terutamanya dalam kalangan pelajar, dengan bantuan zakat dan komputer riba yang disampaikan pada hari ini.

“Begitu juga dengan bantuan Dana Pemula Startup Pelajar untuk program Big Spark 2024 yang bertujuan untuk memacu penubuhan syarikat pemula/startup pelajar UMK yang akan dikelolakan oleh pihak UMKEI menerusi IVL dan CEED,” katanya.

291224-okt-05-03.jpg

Sementara itu, IE-FESTIVAL 2024 kali ini bertemakan “Kota Dagang Dakwah” dan akan berlangsung selama lima hari bermula dari 14 hingga 16 Oktober 2024.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan, antaranya ceramah agama, outreach ekosistem keusahawanan UMKEI, sesi borak usahawan, Chairman Entrepreneurship Lecture Series (CELS), ekspo jualan makanan halal, pameran kesenian Islam, dan pameran UMKEI, serta kaunter-kaunter perkhidmatan agensi kerajaan.

291224-okt-05-05.jpg

Pelbagai pertandingan juga turut diadakan, antaranya pertandingan azan, khat, sepakan penalti, treasure hunt, e-sport tournament, malam penghayatan, dan bicara ekonomi Islam.

Pada majlis itu, Dato’ Prof. Dr. Razli turut menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan, merangkumi bantuan yuran semester satu berjumlah RM58,100.00, bantuan awal pelajar baharu sebanyak RM90,000.00, dan bantuan sokongan pengajian berjumlah RM150,000.00.

Selain itu, turut disampaikan bantuan kupon makan sebanyak RM20,000.00 dan sumbangan komputer riba.

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-11-07

Search