- Mohd Faizal
- Hits: 536
INI BARU BETUL-BETUL CATWALK ! GERAM TENGOK COMEL DAN GEBU-GEBU
BACHOK 24 Oktober 2023 I Dahlah comel, montok dan gebu-gebu ! Kita yang tengok pun geram melihat telatah dan aksi haiwan peliharaan kesayangan bersama-sama berlari dan mengayakan pelbagai gaya dalam pertunjukan fesyen kucing.

Sebenarnya, ramai tidak tahu bahawa kucing juga memerlukan aktiviti riadah, bersenam dan menjalani gaya hidup sihat serta aktif.
Justeru itu, penganjuran Program Cat-Walk Fun Run 2023 oleh Makmal Pengajar Haiwan Kesayangan (CATeL), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), baru-baru ini telah diadakan dengan meriah sebagai platform kepada pemilik kucing bermarathon bersama haiwan peliharaan.
Dekan FPV, Dr. Mohd Farhan Hanif Reduan berkata, program ini bukan sahaja mendorong pemilik menjalani gaya hidup sihat dan aktif tetapi sekaligus membantu merapatkan hubungan kucing dan pemiliknya.

Katanya, program Cat-Walk Fun Run 2023 diadakan bersempena penganjuran program ‘Animal Awareness Day’ dengan kerjasama dari Pejabat Pendaftar UMK, RJ Cats Motel & Spa dan Malaysian Society Parasitology and Tropical Medicine’ (MSPTM).
“Program larian sejauh ‘1KM Walk with Cat’ bersama kucing ini mendapat sambutan yang cukup meriah dengan kehadiran penyertaan mencecah 400 peserta walaupun kali pertama diadakan di UMK. Peserta terdiri dari pelbagai peringkat umur terutamanya pecinta-pecinta kucing, pelajar-pelajar sekolah, dan pelajar UMK.
“Peserta- peserta terlebih dahulu di beri taklimat terutamanya untuk memastikan keselamatan dan kesihatan kucing yang dibawa terjaga dan tidak mengalami apa-apa kecederaan sepanjang aktiviti ‘Walk with Cat’,” katanya selepas menyempurnakan acara pelepasan (Flag Off) 1KM Walk with Cat dan 5KM Fun Run, di perkarangan Bangunan Canselori, UMK Bachok, Kelantan, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Dekan FPV, Dr. Nor Fadhilah Kamaruzzaman dan wakil MSPTM, Dato' Dr. Chandrawathani Panchadcharam.
Program tersebut turut dimeriahkan dengan ‘Cat Fashion Show’, ceramah kesedaran oleh Prof. Madya Dr. Choong Siew Shean yang berkaitan dengan kesedaran dalam kalangan masyarakat terutama mengenai penyakit zoonotik.
Selain itu, terdapat juga gerai-gerai jualan aksesori kucing dan makanan.


- Mohd Faizal
- Hits: 569
UMK LANCAR TABUNG KECEMASAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KEPADA RAKYAT PALESTIN
BACHOK 29 Oktober 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini melancarkan Tabung Palestin dengan menyasarkan kutipan sumbangan berjumlah RM20,000 sebagai tanda solidariti kemanusiaan dalam kalangan staf dan pelajarnya terhadap perjuangan rakyat Palestin membebaskan Semenanjung Gaza.

Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak berkata, buat permulaan kita telah berjaya mengumpulkan derma sebanyak RM10,000 hanya dalam tempoh seminggu dimana sebahagian besarnya disalurkan melalui sumbangan pantas e-sedekah@umk dibawah Pusat Islam UMK.
Beliau berkata, sumbangan Tabung Palestin ini dilanjutkan pada Istiadat Konvokesyen UMK Ke 13 pada 4 hingga 7 November ini.

“Kita jangkakan kehadiran seramai 10,000 ibu bapa dan graduan yang hadir dapat menyumbang kepada tabung untuk menambah jumlah derma sedia ada sebelum kita serahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk disalurkan kepada badan bukan kerajaan (NGO).
“Program pada hari ini bagi memberi sokongan kepada Palestin dan mengecam Israel melalui penganjuran program solidariti UMK untuk Palestin.
“Secara tidak langsung itu, program ini dapat adalah mendidik warga dan pelajar UMK dengan nilai-nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia dan sifat ihsan,” katanya pada Program Solidariti UMK Untuk Palestin anjuran Pusat Islam UMK di Teniat UMK Bachok, dengan kehadiran lebih 500 peserta termasuk pelajar dan staf UMK.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato’ Dr. Nik Maheran Nik Muhammad dan Pengarah Pusat Islam UMK, Prof. Madya Dr. Mohd Zain Mubarak.

Program dimulakan dengan solat Asar secara berjemaah dan perarakan dari masjid Pusat Islam UMK ke Teniat.
Turut diadakan Pidato Solidariti oleh wakil mahasiswa, wakil staf, wakil NGO (Cakna Palestin Malaysia), persembahan bacaan puisi oleh wakil Persatuan Penulis Kelantan, En. Abdul Hadi Yusoff dan gimik pelancaran Tabung Palestin oleh Prof. Dato’ Dr. Razli serta diakhiri dengan bacaan doa Qunut Nazilah.









- Mohd Faizal
- Hits: 611
1700 WARGA UMK MERIAHKAN HARI KELUARGA 2023
JELI, 24 September 2023 I Hari Keluarga UMK 2023 meriah dengan kehadiran seramai 1,700 ahli keluarga Universiti Malaysia Kelantan (UMK di UMK Kampus Jeli, Kelantan, pada 21 dan 22 September 2023.
Bertemakan “Keluarga UMK Teguh Bersama", Hari Keluarga UMK pada tahun 2023 telah diadakan dengan meriah selepas kali terakhir penganjurannya pada tahun 2015 di UMK Bachok.
Menurut Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak, objektif penganjuran program ini adalah untuk mewujudkan interaksi dan hubungan mesra di antara pihak pengurusan tertinggi Universiti dengan semua staf UMK di setiap kampus.
Beliau berkata, program seperti ini bukan sahaja untuk berkumpul dan bersuka ria bersama keluarga tetapi platform terbaik kepada organisasi khususnya untuk merapatkan lagi ukhwah dan hubungan silaturahim ke arah memupuk semangat kerja berpasukan.

“Sesebuah organisasi tidak mampu untuk berjaya dengan sendiri tanpa sokongan dan kerjasama dari semua pihak. Istilah budaya ‘silo’ perlu dihapuskan dan pemupukan nilai-nilai berpasukan perlu diterapkan ke dalam minda kita supaya misi dan visi UMK tercapai.
“Harapan saya kepada semua ahli keluarga UMK untuk terus bekerja dengan penuh komited dan berintegriti serta berdisiplin dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, berusaha mengekalkan keharmonian sepanjang masa, setia kepada ketua dan organisasi serta bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UMK Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan, Ahli Lembaga Pengarah UMK adalah Datuk Haji Zaluzi bin Sulaiman, Datuk Hj. Mohd Adhan bin Kechik dan Prof. Dr. Aweng A/L Eh Rak.

Pihak urusetia telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya ialah sukaneka kategori kanak-kanak, sukan dan sukaneka staf, malam bakat staf dan pertandingan koir di antara kontinjen.
Turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM10,000.00.
Sementara itu, Pendaftar UMK selaku Pengerusi Hari Keluarga UMK 2023, Encik Khairul Eruwan Abdul Halim berkata, kejayaan sambutan Hari Keluarga UMK 2023 ini adalah hasil sokongan dan kerjasama pengurusan tertinggi universiti, ketua PTJ serta kepimpinan kesatuan dan persatuan di UMK.
Katanya, program ini secara tidak langsung dapat meningkatkan 'happiness index' warga kampus dan merapatkan hubungan keluarga UMK.





- Nov 26, 11:43 am
INI BARU BETUL-BETUL CATWALK ! GERAM TENGOK COMEL DAN GEBU-GEBU
- Nov 26, 11:16 am
UMK LANCAR TABUNG KECEMASAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KEPADA RAKYAT PALESTIN
- Oct 16, 17:22 pm
1700 WARGA UMK MERIAHKAN HARI KELUARGA 2023
- Mohd Faizal
- Hits: 509
132 STAF UMK SERTAI MISI KEMBARA PATRIOTIK ZON TIMUR
- Mohd Faizal
- Hits: 856
UMK TUAN RUMAH KEJOHANAN KUDA LASAK PIALA NAIB CANSELOR (UMK NC CUP) 2023
- Mohd Faizal
- Hits: 877
750 PELAJAR ASNAF DAN B40 UMK TERIMA BANTUAN RM225,000.00
- Mohd Faizal
- Hits: 1008
UMK HASILKAN LUKISAN TANGAN JALUR GEMILANG TERPANJANG
- Mohd Faizal
- Hits: 1145
KANAK-KANAK ISTIMEWA AUTISME TANAM POKOK BULUH DI HUTAN MINI UMK
- Mohd Faizal
- Hits: 609
MAJLIS PENYAMPAIAN BAKUL AIDILFITRI UMK KEPADA KEMUDI
- Mohd Faizal
- Hits: 659
PROGRAM SEMARAK SISWA MADANI@PASIR PEKAN
- Mohd Faizal
- Hits: 502
1,500 PELAJAR DARI UNIVERSITI DAN IPT KELANTAN HADIRI JELAJAH IKON MADANI
- Mohd Faizal
- Hits: 759
UMK TERIMA SUMBANGAN ZAKAT BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD BERJUMLAH RM65,569.00
- Mohd Faizal
- Hits: 639
UMK KORBAN SEMBILAN EKOR LEMBU SEMPENA AIDILADHA 1444H/2023M
- Mohd Faizal
- Hits: 493
1,000 PEK BUBUR LAMBUK DIAGIHKAN SEMPENA PROGRAM IMARAH RAMADAN PTPTN DAN UMK
Popular Post
Social & newsletter
Web Traffic





















