KOMUNITI

Komuniti

UMK PRIHATIN NASIB PELAJAR FAKULTI HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN KESEJAHTERAAN DITIMPA MUSIBAH KEBAKARAN

UMK PRIHATIN NASIB PELAJAR FAKULTI HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN KESEJAHTERAAN DITIMPA MUSIBAH KEBAKARAN 
 
KUALA NERANG 28 Februari I Nasib pelajar tahun satu Fakulti Hospitaliti, Pelancongan Dan Kesejahteraan (FHPK), Nurul Farhanah Salleh, yang ditimpa musibah akibat kebakaran mendapat perhatian Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan mengadakan lawatan Ziarah Prihatin ke kediaman keluarganya di Taman Desa Kenangan, Kuala Nerang, Kedah pada 28 Februari 2020.
 
Sesi Ziarah Prihatin diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dan staf Seksyen Tatatertib dan Kebajikan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang telah   menyampaikan sendiri bantuan berupa wang tunai serta barangan keperluan harian bagi meringankan beban keluarga saudari Nur Farhanah.
 
Hasil dari sesi lawatan, pihak UMK mendapati rumah yang didiami sejak setahun lalu mengalami kerosakan teruk akibat kebakaran.
 
Menurut Prof. Ts. Dr. Zaliman, kejadian kebakaran pada yang berlaku pada pukul 2.00 petang itu telah memusnahkan keseluruhan rumah yang disewa oleh keluarga pelajar tersebut. 
 
Katanya, walau bagaimanapun, ianya tidak melibatkan kehilangan nyawa kerana pihak bomba berjaya menyelamatkan rumah keluarga mangsa dari musnah.
 
“Pihak pejabat HEPA, mengambil berat kebajikan pelajar dan kesejahteraan pelajar di UMK terutamanya yang ditimpa musibah atau tidak bernasib baik.
 
“Pihak UMK akan memantau keadaan semasa Nurul Farhana supaya beliau dapat meneruskan pengajian dengan baik tanpa memikirkan masalah serta tidak terjejas dengan kejadian yang berlaku,” katanya.
 
Sementara itu, Prof. Ts. Dr. Zaliman berkata, program sesi ziarah prihatin adalah bertujuan untuk menyantuni keluarga mangsa yang kini terpaksa menumpang sementara di kediaman ibunya yang terletak berhampiran.
 
Katanya, program seperti ini mampu mengeratkan hubungan antara UMK dengan pelajar serta keluarga. 
 
“Secara tidak langsung, UMK bertanggungjawab bersama untuk memastikan kebajikan pelajar  sentiasa terjamin dengan membantu pelajar yang mengalami masalah dan kurang berkemampuan. Beberapa strategi telah dilaksanakan untuk meringankan beban hidup pelajar sepanjang pengajian di UMK.
 
“UMK akan berusaha upaya sebaik mungkin untuk menyediakan kemudahan dan prasarana yang baik kepada pelajar,” katanya.
 
Oleh I Pusat Komunikasi Korporat.

kebakaran2

 

Web Traffic

2.png7.png7.png5.png2.png4.png
Today138
Yesterday403
This week1517
This month8415
Total277524

Who Is Online

2
Online

2024-03-29

Search