KOMUNITI

Komuniti

ADIK RAISHA HIDAP PENYAKIT HATI KRONIK, PERLU RM160,000 TAMPUNG KOS PEMBEDAHAN

BESUT 16 Februari I Berbaki hanya tidak sampai 10 hari sahaja lagi, Siti Nur Amira Ibrahim, 27, dan suaminya, Tuan Muhammad Shahrul Azlan Tuan Abdul Rahman, 27, dari Kampung Seberang Limbongan, Besut, Terengganu buntu memikirkan kos rawatan pembedahan anaknya, Tuan Nur Raisha Mikayla di sebuah hospital di New Delhi, India pada minggu depan.

Pembedahan adik Tuan Nur Raisha Mikayla atau Raisha dijadualkan di buat pada 20 Februari 2020 ini dengan perbelanjaan sebanyak RM160,000.00. Namun, sehingga hari ini jumlah wang yang dikumpul hasil sumbangan dan derma orang ramai masih belum mencukupi sedangkan tempohnya berbaki beberapa hari lagi.

Raisha baharu berusia lapan bulan telah disahkan menghidap penyakit hati kronik atau biliary atresia (BA), sejak lahir dan keadaanya dilaporkan kritikal selepas mendapat rawatan beberapa kali di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Pihak hospital menyarankan pembedahan segera terpaksa dilakukan kerana tahap kesihatan Raisha semakin serius.

Menurut ibunya Siti Nur Amira yang merupakan graduan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) dan alumni Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hanya mahu anaknya kembali sembuh dan menjalani kehidupan normal seperti bayi yang sebaya dengannya.

Beliau sanggup menanggung risiko yang dihadapi demi kasih dan sayang kepada Raisha dengan menderma sebahagian hati kerana keadaan anaknya yang semakin kritikal.

“Raisya disahkan mengalami penyakit hati kronik serta kegagalan fungsi hati sejak berumur dua bulan dan telah menjalani pembedahan Kasai ketika berusia 79 hari untuk membuang hempedu serta menyambung usus kecil kepada hati.

“Raisha juga telah dimasukkan ke wad untuk proses pemulihan pada 8 Disember tahun lalu dan pihak hospital telah membuat pengesahan bahawa anak saya perlu menjalani pembedahan pemindahan hati dengan segera di China.

“Bagaimanapun, kami terpaksa membuat pilihan untuk mendapat rawatan di India kerana keadaan semasa di China pada hari ini. Kami kini kesuntukan masa kerana pembedahan awal perlu dijalankan dengan secepat mungkin kerana keadaan Raisha semakin serius,” katanya pada sesi Sesi ziarah prihatin oleh wakil Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK ke kediaman beliau di Kampung Seberang Limbongan, Besut, Terengganu, baru- baru ini.

Sesi ziarah ini diketuai oleh Timbalan Pendaftar, En. Muhamad Anuar Ismail, para pegawai HEPA dan Pusat Komunikasi Korporat UMK.

Pada sesi ziarah itu, pihak HEPA UMK telah menyerahkan sumbangan wang daripada Tabung Amanah Alumni UMK serta kutipan derma oleh warga UMK yang turut memberikan sumbangan.

Lawatan tersebut dapat menjadi pencetus dan dorongan kepada semua warga Universiti, alumni serta masyarakat untuk sama-sama memberikan bantuan kepada keluarga Pn. Siti Nur Amira untuk membantu meringankan beban keluarga adik Raisha.

Sementara itu, Tuan Muhammad Shahrul berharap dana diperlukan cukup bagi membolehkan pembedahan dapat diteruskan.

“Buat masa ini, wang yang dikumpul baru sahaja mencecah RM16,000.00 sahaja. Wang tersebut hanya mampu menampung kos untuk urusan kami sekeluarga kesana. Kami kini dalam proses bersiap sedia dan menunggu perkembangan terkini daripada doktor di India.

“Kami sekeluarga memohon bantuan orang ramai untuk memberikan sumbangan ikhlas bagi menampung kos pembedahan kerana keadaan anak saya semakin kritikal,” katanya.

Tambahnya, pada tarikh 20 Februari, beliau dan isteri akan ke India untuk menjalani pembedahan hati sekiranya perbelanjaan sudah mencukupi.

“Walaupun tahu risiko yang dihadapi, isteri sanggup berikan hati demi untuk melihat Raisha dapat menjalani kehidupan seperti anak orang lain,” katanya.

Sumbangan boleh diberikan melalui akaun 513041231892 Maybank Tuan Muhammad Shahrul Azlan Bin Tuan Abdul Rahman atau boleh hubungi nombor telefon untuk dihubungi 014-399 9306.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

 bantuan2

Web Traffic

2.png7.png7.png5.png8.png5.png
Today199
Yesterday403
This week1578
This month8476
Total277585

Who Is Online

2
Online

2024-03-29

Search