KOMUNITI

Komuniti

SUKARELAWAN SISWA UMK SANTUNI MANGSA BANJIR KAMPUNG CHUCHUH PUTERI

SUKARELAWAN SISWA UMK SANTUNI MANGSA BANJIR KAMPUNG CHUCHUH PUTERI

Menurut Prof. Ts. Dr. Zaliman, misi bantuan pasca banjir yang disertai oleh lebih 80 sukarelawan dari Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS), Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Laut (PALAPES) Kor Siswa- Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA), Pasukan Askar Wataniah UMK, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Komuniti Sukarelawan (KOSUM) dan Volunteer Malaysia (VM).
 
Katanya, program gotong-royong diadakan selama dua hari bermula pada 13 hingga 14 Disember 2019 membabitkan 86 buah keluarga yang terkesan dengan musibah banjir yang melanda kawasan tersebut pada awal Disember lalu.
 
Operasi ini dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut pelan lokasi banjir yang melibatkan aktiviti pembersihan (luar dan dalam) rumah.
 
Selain itu,operasi bancian mangsa banjir oleh pasukan PBSM yang diketuai oleh Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, Dr. Aswan Ismail turut diadakan bersama Seksyen Aktiviti dan Pembangunan Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
 
Tambah beliau lagi, hasil daripada misi tersebut pihak UMK telah membuat pengumpulan maklumat iaitu semakan semula jumlah rumah mangsa banjir yang terlibat, pelaksanaan pembahagian bantuan dan penyelarasan pembahagian tugas kepada pasukan sukarelawan UMK dengan bantuan Ketua Pusat Pemindah Banjir, En Azlan Che Soh.
 
“Misi fasa kedua akan diadakan di lokasi yang sama pada 20 hingga 21 Disember 2019 ini dengan penglibatan seramai 40 sukarelawan UMK, sukarelawan Universiti Awam (UA) dan pasukan daripada Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya.
 
Pada majlis itu, Prof. Ts. Dr. Zaliman turut menyampaikan kit bantuan kepada 86 keluarga mangsa banjir di Pusat Komuniti Kampung Chuchuh Puteri.
 
Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

IMG 20191217 WA0017

IMG 20191217 WA0018

 WhatsApp Image 2019 12 17 at 10.58.58 AM

WhatsApp Image 2019 12 17 at 10.58.58 AM 1

WhatsApp Image 2019 12 17 at 10.58.59 AM

 

Web Traffic

2.png8.png3.png3.png3.png7.png
Today52
Yesterday291
This week1688
This month5185
Total283337

Who Is Online

2
Online

2024-04-20

Search