KOMUNITI

Komuniti

CSR RAMADHAN BANTUAN KHAS UMK TELAH BERMULA

CSR RAMADHAN BANTUAN KHAS UMK TELAH BERMULA

Pengkalan Chepa 21 April 2020 l Seramai 100 buah keluarga yang terdiri daripada golongan asnaf dan anak yatim menerima sumbangan zakat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang diuruskan oleh Pusat Islam UMK.

Peruntukan sebanyak RM13,000 berupa barangan keperluan asas dan sumbangan wang tunai sebanyak RM100 kepada anak yatim telah disampaikan oleh Naib Canselor UMK Datuk Prof. Ts. Dr. Noor Azizi Ismail. Penyampaian sumbangan diserahkan kepada Penghulu Mukim Baung, En. Azehan Sulaiman.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dan Pengarah Pusat Islam UMK Prof Madya Dr Azhar Muhammad.

Menurut Naib Canselor UMK, sebanyak RM10,000 daripada jumlah itu disumbangkan kepada keluarga asnaf manakala RM3000 telah diperuntukkan kepada anak yatim.

“Sumbangan ini merupakan tanggungjawab sosial UMK yang dilaksanakan setiap tahun oleh Pusat Islam seperti tahun sebelumnya. Sumbangan ini kita berikan kepada penduduk di sekitar kampus kita iaitu UMK Bachok, Kampus Pengkalan Chepa dan Kampus Jeli," katanya.

Menurut Pengarah Pusat Islam Universiti, Prof Madya Dr Azhar Muhammad program Bantuan Khas Ramadhan ini adalah bagi meringankan beban kewangan masyarakat kategori asnaf sekitar UMK.

“Program ini membantu pihak yang kurang berkemampuan dalam persedian menyambut Ramadhan beberapa hari sahaja lagi dan bantuan ini juga merupakan rentetan dari siri bantuan khas yang diadakan menjelang Ramadhan 1440H serta sempena Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan Virus Covid-19," katanya.

Penghulu Mukim Baung merakamkan jutaan terima kasih kepada UMK di atas keprihatinan dan bantuan yang dihulurkan di saat-saat sukar seperti sekarang. Beliau percaya program sebegini akan mengeratkan lagi hubungan UMK dan komuniti.

Oleh: Pusat Komunikasi Korporat.

Web Traffic

2.png8.png4.png6.png2.png4.png
Today306
Yesterday281
This week875
This month6472
Total284624

Who Is Online

2
Online

2024-04-24

Search