KOMUNITI

Komuniti

KONGSI KEPAKARAN DENGAN PENJARA PENGKALAN CHEPA BUKTI UMK KOMITED DENGAN UNIVERSITI UNTUK MASYARAKAT

 

KONGSI KEPAKARAN DENGAN PENJARA PENGKALAN CHEPA BUKTI UMK KOMITED DENGAN UNIVERSITI UNTUK MASYARAKAT

 
KOTA BHARU 24 APRIL l 2020 l Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan memberi perhatian utama kepada inisiatif yang dapat menjana pembangunam masyarakat selaras dengan komitmen  UMK untuk menerajui inisiatif Universiti untuk Masyarakat atau University For Society yang sangat ditekankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
 
Naib Canselor UMK Prof. Dato' Ts. Dr Noor Azizi Ismail berkata demikian sebagai mengulas perkongsian kepakaran rekabentuk label produk makanan bakeri dan kuih raya untuk Penjara Pengkalan Chepa yang telah dilancarkan baru-baru ini.
 
"Label yang cantik dan menarik salah satu faktor penarik  dan peningkatan jualan.  Kita mempunyai barisan pensyarah di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) yang mempunyai kebolehan mencipta rekaan dengan kreativiti yang tinggi.  Penjara pula mempunyai rangkaian produk bakeri dan pasteri yang sedap-sedap.   Sumbangan kami ialah hanya  mencipta label baharu untuk memberi wajah yang lebih menarik kepada produk dapur itu.  Alhamdullilah, label yang dihasilkan oleh pensyarah Komunikasi Visual kami itu diterima dan dipakai oleh Penjara Pengkalan Chepa," katanya.
 
Menurut beliau kolaborasi dengan Penjara Pengkalan  Chepa bermula dengan berkongsi pola suit peralatan  perlindungan diri (PPE) untuk barisan hadapan dan tunjuk ajar jahitan.  Setelah mengetahui Penjara Pengkalan Chepa juga memiliki produk bakeri dan pasteri yang sedap dan berkualiti, UMK tidak keberatan untuk menyahut permintaan Penjara Pengkalan Chepa untuk menghasilkan label pula untuk produk bakeri dan kuih mereka itu.
 
"Kerjasama sebegini memberi peluang kepada UMK untuk menggerakkan inisiatif tanggu ngjawab sosialnya tetapi merapatkan hubungan antara agensi yang ada di negeri ini.  Bahkan para tenaga pengajar UMK juga dapat mengilat kepakaran dan kebolehan mereka dari semasa ke semasa.  
 
"Di bawah semangat universiti untuk masyarakat yang ditekankan oleh KPT, kami di UMK sentiasa membuka pintu kami untuk berkongsi kepakaran yang ada di UMK di mana yang sesuai dengan semua," katanya. 
 
Label produk ilham Encik  Md. Ariff Ariffin, Pensyarah Komunikasi Visual FTKW, bukan sahaja akan digunakan pada  produk pastri dan produk sejuk beku seperti kek lapis,biskut raya,roti,kek pelbagai dan pizza tetapi juga pada produk botol seperti sos dan  pencicah.    Majlis Pelancaran Reka Bentuk Label Pembungkusan Baharu untuk Kuih Raya Penjara Pengkalan Chepa itu turut dihadiri oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dato’ Dr. Zaini Hussin selain  Dekan FTKW, Dr. Hanisa Hassan.
 
 “Kami juga menawarkan kepada mereka untuk menggunakan platform pemasaran digital kami iaitu platform perniagaan atas talian melalui Laman E Dagang UNIK19.com," katanya.
 
Penolong Kanan Komisioner Penjara, Tuan Ahmad Kamarudin Yaacob menyatakan rasa terharu beliau dan percaya dengan adanya rekabentuk dan pembungkusan baharu ia dapat membantu untuk mengkomersialkan lagi produk bakeri dan pastri Penjara Pengkalan Chepa.
 Rekabentuk dan pembungkusan yang digunakan sebelum ini hanya menggunakan ciptaan dalaman sahaja. Dengan kerjasama UMK dalam penghasilan label baharu ini akan dapat membantu memasarkan produk makanan keluaran Penjara Pengkalan Chepa ke pasaran yang lebih besar.
 
“Hasil pendapatan bengkel produk makanan bagi tahun 2019 adalah berjumlah RM 676,461 dan saya pasti angka ini akan meningkat pada tahun 2020 hasil dari pembungkusan yang lebih menarik ini,” katanya.
 
Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

Web Traffic

2.png7.png7.png6.png3.png2.png
Today246
Yesterday403
This week1625
This month8523
Total277632

Who Is Online

2
Online

2024-03-29

Search