KOMUNITI

Komuniti

PAKEJ UNCANG RAMADAN UMK TURUT DIBUKA KEPADA DERMAWAN AWAM PELUANG MEMBELI SAMBIL BERAMAL

PAKEJ UNCANG RAMADAN UMK TURUT DIBUKA KEPADA DERMAWAN AWAM PELUANG MEMBELI SAMBIL BERAMAL

BACHOK 2 Mei I Pelanggan Coopmart Koperasi UMK Berhad bukan sahaja boleh berbelanja mendapatkan barang keperluan asas pada harga murah malah berpeluang berbelanja sambil beramal untuk bersedekah melalui projek pakej Uncang Ramadan yang disediakan sepanjang bulan mulia ini.

Pengarah Koperasi UMK Berhad, Prof. Madya Dr. Mohammad Ismail berkata, konsep pakej uncang Ramadan adalah 'upgrade’ daripada kempen Jualan Harga Patut (JHP) yang dilaksanakan sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula.

Katanya, Coopmart Koperasi UMK memperkenalkan pakej untuk membeli sambil menderma dengan memperkenalkan pakej ‘Uncang Ramadan ekoran kejayaan promosi JHP yang menerima sambutan luar biasa dari pelanggan.

“Projek Uncang Ramadan terbuka kepada sesiapa yang ingin menderma. Pada awalnya sasaran kita hanyalah komuniti UMK tetapi dibuka juga kepada dermawan awam kerana ada pertanyaan dan permintaan. Coopmart Koperasi UMK Berhad akan menyediakan dan mengagihkan pakej tersebut pada golongan-golongan yang memerlukan seperti diminta oleh penderma atau penderma boleh mengagihkan sendiri.

"Pelanggan boleh memilih untuk membeli pakej set keperluan harian berharga RM50 untuk pakej beras, gandum, bihun, minyak masak, gula dan sardin,” katanya.

Menurutnya, menerusi pakej tersebut dapat membantu para penderma untuk mendapatkan barangan pada harga yang sangat berpatutan dan juga dalam masa yang sama membantu penderma semasa PKP ini untuk mengagihkan barangan asas kepada golongan sasaran.

“Selepas seminggu dilancarkan pihak Coopmart Koperasi UMK telah menerima tempahan sebanyak 300 pek dari penderma dengan anggaran sebanyak RM12,000.00. Pek sumbangan ini akan agihkan pada golongan asnaf dan B40,” katanya.

Tambah beliau, untuk memberi kemudahan kepada pelanggan pihak Koperasi UMK turut menyediakan khidmat penghantaran dan berharap pakej ‘Uncang Ramadhan’ ini terus mendapat sumbangan berbelanja sambil bersedekah dari warga UMK dan orang ramai.

Sementara itu, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) telah mengambil insiatif dengan berkolaborasi dengan Koperasi UMK untuk mempromosikan projek berbelanja sambil menderma dengan membeli barangan Kedai Harga Patut (KHP) Koperasi UMK untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang sangat memerlukan.

Usaha murni ini adalah untuk membantu mereka yang kurang mampu dalam menghadapi Ramadhan dan cabaran semasa PKP
dengan membeli barangan keperluan asas dengan harga yang sangat berpatutan.

Menurut Pengarah Projek Uncang Ramadan, Prof.Dr Razli Che Razak, inisiatif ini digerakkan menggunakan platform group Whatsapp Fakulti dan juga media sosial untuk menyokong Koperasi UMK dan juga membantu masyarakat sekitar dalam menyahut usaha UMK di bawah tema “Universiti bersama masyarakat”.

Beliau yang juga Dekan Pusat Pengajian Siswazah berkata, projek ini diusahakan untuk para tenaga pengajar di FKP merebut pahala pada keberkatan bulan Ramadan untuk menyumbang sambil bersedekah.

“Alhamdulillah program ini bukan sahaja mendapat sambutan dikalangan staf fakulti malah turut mendapat sokongan dari pihak alumni UMK dan juga masyarakat luar yang turut menyumbang.

“InshaAllah, projek sedekah ini sepanjang bulan Ramadan ini diharap dapat membantu meningkatkan jualan Koperasi dan dalam masa yang sama membantu masyarakat yang kesusahan,” katanya.

Penderma boleh membuat tempahan menerusi dalam talian atau akaun Bank Islam Malaysia Berhad UMK 03036010049349. Untuk pertanyaan dan tempahan projek Uncang Ramadan boleh hubungi pihak Koperasi UMK Berhad melalui Pn. Azianis Mohd Noor atau Cik Nur Afiqa ditalian 010-93139787/ 014-5332187.

Oleh I Pusat Komunikasi Korporat

WhatsApp Image 2020 05 02 at 7.33.19 PM 1

WhatsApp Image 2020 05 02 at 7.33.19 PM

Web Traffic

2.png8.png3.png3.png8.png4.png
Today99
Yesterday291
This week1735
This month5232
Total283384

Who Is Online

4
Online

2024-04-20

Search