KOMUNITI

Komuniti

PROGRAM SOCIAL ENTERPRISE FOR ECONOMIC DEVELOPMENT (SEED) V 2014

PROGRAM Perusahaan Sosial dan Pembangunan Ekonomi (SEED) mampu membuka ruang dan peluang kepada peserta untuk belajar serta menyumbang dalam meningkatkan ekonomi, budaya dan cara hidup masyarakat di Perkampungan Nelayan, Teluk Kandis, Bachok, Kelantan.

 Timbalan Pengarah Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, (PBI), YBrs. Dr. Nur Azuki Bin Yusuff, berkata, program yang dijalankan selama dua minggu ini adalah untuk membuat penyelidikan serta membantu mengenalpasti potensi ekonomi masyarakat dalam meningkatkan taraf hidup mereka.

Beliau berkata, secara umumnya golongan nelayan merupakan satu daripada masyarakat yang tergolong di dalam kategori kemiskinan tegar yang hidup di dalam serba kekurangan.

seed2Justeru itu, program ini bertujuan mengkaji proses dan kaedah perusahaan yang boleh menjadi amalan penduduk di kampung nelayan ini untuk menjalankan kajian susulan dengan meneroka peluang perniagaan baharu serta membangunkan hasil ekonomi setempat.

“Selain itu, UMK selaku tuan rumah turut berbangga kerana dapat memberi pendedahan tentang warisan serta keunikan negeri Cik siti Wan Kembang kepada pelajar yang kebanyakkannya pertama kali menjejakan kaki ke negeri ini dan sekaligus membuat kajian tentang ekonomi di negeri Kelantan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program SEED, di Kampung Kandis, Bachok, Kelantan,pada 8 Ogos 2014, yang melibatkan 48 peserta yang terdiri daripada pelajar UMK dan pelajar universiti daripada Vietnam, Indonesia, Brunei Darulsalam, Thailand dan sebagainya.

Menurut Dr. Azuki, program SEED adalah platform untuk menyalurkan bantuan terutama dari sudut
khidmat nasihat melibatkan pelajar daripada pelbagai negara selaras dengan saranan kerajaan dalam membantu pertumbuhan industri ekonomi negara.

Menerusi program ini, pelajar perlu membuat kajian tentang potensi ekonomi di Kampung Nelayan Kandis dan membantu meningkatkan pendapatan ekonomi serta berharap program SEED akan berterusan sehingga berjaya melahirkan IKON SEED.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP), Tn. Haji Mustapha bin Mohammad, berkata, perkampungan Nelayan Kampung Kandis ini telah dibuka pada tahun 1980 dan masih mencari pendapatan utama agar penduduk kampung dapat menjana ekonomi bagi menyara kehidupan dan rata-rata tidak mempunyai kepakaran dalam perniagaan.

Kata beliau, pelaksanaan program SEED ini bertepatan dan bersesuaian memandang kami memerlukan bantuan terutama dari segi promosi dan khidmat nasihat” jelasnya. Program yang melibatkan 48 orang pelajar, telah membawa mereka untuk meninggalkan zon selesa dan mendekati dengan lebih dekat kehidupan di kampung serta mencari inisiatif dalam membantu penduduk kampung bagi meningkatkan
pengeluaran produktiviti mereka.

Sementara itu, Sarah Amdea Rahardja peserta daripada Parahyangan Catholic Universiti Indonesia, berkata, melahirkan rasa teruja kerana dapat menjadi salah seorang peserta program SEED 2014. Jelasnya, ini adalah kali pertama datang ke Kelantan dan berasa amat berpuas hati kerana program ini memberi pengalaman dalam membuat kajian serta membantu penduduk kampung. Selain itu, beliau juga dapat mengenali kehidupan dan budaya tempatan.

Manakala bagi Nguyen Dinh Tran daripada Banking Universiti Of Ho Chi Minh, Vietnam, memberitahu program ini seharusnya mendapat liputan yang meluas kerana pasti ramai rakan-rakan dari negara untuk menyertai program seperti ini.

“Saya amat gembira dan teruja serta tidak sabar untuk berkongsi ilmu dengan mereka,” katanya. Bagi Mytinee Kongtumni daripada Thaksin Universiti, Thailand, berkata, program pertukaran budaya ini dapat mengeratkan silaturahim, menambahkan ilmu dan bertukar pengalaman.

“Saya akui melalui program ini saya bukan hanya mengenali satu budaya tetapi dapat mempelajari pelbagai adat dan budaya daripada setiap negara yang menyertai program SEED” jelas beliau.

Peserta NGO, Darius Andreas Dramburg daripada American Field Service German, turut berbangga dapat menyertai program SEED kerana penduduk kampung nelayan Kampung Kandis ini sangat mesra walaupun mempunyai masalah daripada segi komunikasi.

Namun, perbezaan bahasa tidak menghalang kami untuk berhubung dengan mereka dan kami cuba membantu mereka meningkatkan pendapatan kerana ini objektif utama kami datang ke kampong ini.

Sementara itu, Puan Ramlah salah seorang pengusaha ‘kuih Akok’ di kampung tersebut, amat berbesar hati menerima pelajar dari program SEED dalam membantu perniagaannya terutama dari sudut khidmat nasihat.

Beliau yang menyara keluarga dengan berniagaan ‘Akok’ ternyata mempunyai pendapatan yang agak lumayan kerana kebanyakan pelanggan membuat tempahan dalam kuantiti yang besar.

“Tetapi, pendapatan saya bermusim kerana hanya pelanggan tetap sahaja sering membuat tempahan. Mungkin kelemahan perniagaan saya ialah disebabkan oleh kurangnya membuat promosi secara komersial,” jelas beliau.

seed3

Web Traffic

2.png7.png7.png6.png3.png4.png
Today248
Yesterday403
This week1627
This month8525
Total277634

Who Is Online

2
Online

2024-03-29

Search