KOMUNITI

Komuniti

UMK SANTUNI 50 KELUARGA ASNAF KAMPUNG KUAU SEMPENA JELAJAH SINAR RAMADAN

BACHOK 12 Mei I Pusat Islam Universiti Malaysia Kelantan (PIUMK) mempelawa rakan strategik yang terdiri daripada sektor korporat, orang perseorangan dan usahawan alumni UMK untuk bersama-sama menyumbang dana bagi menyokong program kebajikan anjurannya untuk disalurkan kepada golongan miskin dan asnaf serta mereka yang mememerlukan.

Pengarahnya, Prof. Madya Dr. Mohd. Zain Mubarak berkata, sumbangan yang diperoleh hasil sumbangan pihak korporat dan persendirian itu akan dimanfaatkan kepada golongan asnaf dan fakir miskin di sekitar Kelantan menerusi Program Jelajah Sinar Ramadan anjuran Pusat Islam UMK.

Beliau berkata, antaranya ialah Program Jelajah Sinar Ramadan yang diadakan pada hari ini merupakan sebahagian sumbangan yang diperoleh hasil tajaan staf UMK, alumni UMK, badan korporat dan persendirian.

"Menerusi sumbangan ini kita telah berjaya mengagihkan sebanyak 50 pek barangan keperluan dapur, wang tunai dan juadah berbuka.

"Insyaallah, dengan sedikit sumbangan ini dapat membantu meringankan beban lebih 50 keluarga komuniti setempat yang terkesan dengan PKP dan persiapan menyambut Aidilfitri," katanya pada Program Jelajah Sinar

Ramadan 2021, di Kampung Kuau, Bachok, Kelantan.

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Mohd. Zain berkata program Jelajah Sinar Ramadan ini adalah bukti keprihatinan UMK dalam mendekati dan membantu golongan memerlukan pada setiap masa.

"Program ini mendokong hasrat university for society dan visibility dalam konteks menyantuni golongan asnaf dan miskin melalui agihan sumbangan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

Sumbangan menerusi Pusat Islam dilancarkan bermula tiga minggu sebelum Ramadan di ketiga-tiga kampus menerusi bantuan dalam pelbagai bentuk seperti wang tunai dan barangan keperluan dapur.

asnaf

Web Traffic

2.png8.png4.png8.png3.png0.png
Today165
Yesterday347
This week1081
This month6678
Total284830

Who Is Online

1
Online

2024-04-25

Search