KOMUNITI

Komuniti

UMK TERIMA GERAN AFCP UNTUK PENYELIDIKAN REBANA KERCING

TUMPAT | Dana penyelidikan sebanyak RM200,000 diterima oleh Universiti Malaysia Kelantan daripada Kedutaan Amerika Syarikat untuk membangunkan dan memulihara warisan seni kebudayaan Rebana Kercing di Kelantan.

Yang Menjalankan Fungsi Naib Canselor UMK, Prof Dr Nik Maheran Nik Muhammad berkata, dana menerusi Ambassadors Fund for Cultural Preservation (AFCP) itu diberikan bagi menjayakan penyelidikan dan dokumentari berkaitan Rebana Kercing.

Katanya, penyelidikan dijalankan oleh Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) yang dijangka siap dalam tempoh setahun.

“Penyelidikan berkenaan sudah bermula sejak November tahun lalu dan dijangka siap pada November tahun ini.

“Usaha pemuliharaan seni Rebana Kercing sangat penting kerana ia kini diambang kepupusan dan tidak popular berbanding seni persembahan Melayu yang lain seperti Makyong dan Wayang Kulit.

“Sebenarnya Rebana Kercing di UMK, kita cuba untuk memupuk seni budaya ini agak lama iaitu dari 2014 lagi dan untuk pengetahuan, kita pernah memohon geran seumpama ini pada 2014, namun pada waktu itu belum ada rezeki,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Projek Pemuliharaan Rebana Kercing di Kampung Laut di sini, hari ini. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Duta Besar Amerika ke Malaysia, Brian D McFeeters. Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Katanya, projek pemuliharaan seni Rebana Kercing diketuai oleh Pengarah Pusat Antarabangsa UMK, Prof Madya Dr Ng Siew Foen dan membabitkan seramai 27 ahli penyelidik serta kakitangan UMK yang turut mengkaji perspektif sosiobudaya masyarakat yang mengambil bahagian dalam seni itu.

3 3

5

Web Traffic

1.png2.png3.png5.png2.png7.png
Today188
Yesterday294
This week188
This month3766
Total123527

Who Is Online

2
Online

2022-08-15

Search