KOMUNITI

Komuniti

1000 WARGA UMK BERBUKA PUASA BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT

 

KOTA BHARU 6 April I Lebih 1000 warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hadir memeriahkan Majlis Iftar Bersama Pelajar dan Pemimpin Masyarakat di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, hari ini.


Majlis berbuka puasa yang julung kali itu dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Hj. Mohammad Fatmi Hj. Salleh dan pengurusan kanan universiti.


Turut hadir, Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Hj. Ahmad Jazlan Yaakub, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Hj. Zaluzi Sulaiman, Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Razli Che Razak, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah dan Pendaftar UMK, Pn. Mazula Sabuddin.


Pada majlis itu, Tan Sri Hj. Mohammad Fatmi, turut menyampaikan sumbangan bantuan komputer riba (tablet) berjumlah RM15,000 kepada 10 pelajar asnaf.
Beliau turut menyerahkan Bantuan Saraan Pengajian Sempena Ramadhan berjumlah RM2,200 kepada 11 orang penerima.


Turut menerima bantuan ialah 10 pelajar asnaf yang terlibat banjir dan kategori pelajar luar kampus. Masing-masing menerima wang tunai dan bantuan Bakul Ramadhan.

6

 

1_1.jpg

 

2

 

5 1

 

4 1

 

3 1

 

5

 

3

 

2 1

 

 

 

Web Traffic

1.png2.png3.png5.png3.png4.png
Today195
Yesterday294
This week195
This month3773
Total123534

Who Is Online

2
Online

2022-08-15

Search