KOMUNITI

Komuniti

MISI BANTUAN PASCA BANJIR UMK BALING, KEDAH

 

Pasukan sukarelawan  UMK  diketuai oleh Pengarah Pusat Kokurikulum UMK, Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Saufi bin Che Rusuli dan Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd Hafizie bin Abd Rahman.

Menurut Prof. Madya Ts. Dr. Muhamad Saufi,  skuad UMKVengers yang terdiri dari 25 orang pelajar dan 10 orang staf UMK telah  digerakkan ke negeri itu sebagai misi kemanusiaan untuk membantu mereka yang terjejas akibat banjir di Baling.

Beliau berkata, pihak kami telah membuat persediaan dalam tempoh singkat untuk menyediakan peralatan yang diperlukan untuk operasi pembersihan oleh sukarelawan ke kawasan terjejas.

"Misi banjir kali ini memberi tumpuan  di sekitar Baling termasuk  dua buah rumah pelajar UMK yang turut terkesan. Pelajar UMK yang terkesan adalah Muhammad Aiman Bin Mohamad Kamil dan Maizatul Nayli Binti Mior Murtazian. Kedua-dua mereka berada di kawasan Kupang, Baling, Kedah.

"Pasukan kami turut bergading bahu  bersama pasukan sukarelawan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk membersihkan kediaman mangsa sebaiik mungkin dan Allahamdullilah operasi pembersihan berlangsung dengan jayanya,” katanya. 

2

4

3

Web Traffic

2.png8.png5.png5.png4.png3.png
Today94
Yesterday382
This week1794
This month7391
Total285543

Who Is Online

1
Online

2024-04-27

Search