KOMUNITI

Komuniti

300 STAF UMK KUMPULAN B40 TERIMA DAGING KORBAN

 

Naib Canselor UMK, Prof Dr Razli Che Razak berkata, program itu diadakan bertujuan untuk berkongsi rezeki bagi meraikan golongan kurang berkemampuan sempena sambutan Aidiladha.

Katanya, proses penyembelihan lembu korban diadakan secara gotong-royong bermula jam 7.30 pagi dengan kerjasama penduduk kampung serta pelajar UMK.

“Ibadah korban tahun ini agak istimewa kerana RHB Islamic Bank Berhad menyumbang seekor lembu untuk diagihkan kepada warga UMK.

2.jpg
6.jpg
 

 “Allhamdullilah, ibadah korban tahun ini berjalan lancar hasil kerjasama staf, pelajar dan komuniti setempat,” katanya pada program tersebut hari ini.

Turut hadir Pengarah Pusat Islam UMK Prof Madya Dr Mohd Zain Mubarak dan Pengurus RHB Bank Berhad Cawangan Kota Bharu Rohana Mansor.

Pada program tersebut empat ekor lembu dikorbankan termasuk disumbang RHB Bank Berhad. Tiga ekor lembu melibatkan penyertaan ibadat korban staf UMK.

5

Agihan pek daging korban turut melibatkan masyarakat tempatan yang tinggal di sekitar UMK.

Sebahagian daging korban dimasak sukarelawan secara bergotong-royong bagi jamuan kepada staf, pelajar dan komuniti yang hadir.

Pof.Dr. Razli juga berkata, program ibadah korban itu secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara warga UMK dengan masyarakat setempat dan pihak industri.

7  8   
 9  3  

Web Traffic

1.png2.png3.png5.png4.png1.png
Today202
Yesterday294
This week202
This month3780
Total123541

Who Is Online

2
Online

2022-08-15

Search