KOMUNITI

Komuniti

UMK SERTAI MISI PASCA BANJIR DI JOHOR


JOHOR BHARU I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) turut menyertai misi pasca banjir Johor di sekitar Batu Pahat, Kota Tinggi dan Johor Bahru, baru-baru ini.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Prof. Dr. Mohammad Ismail berkata, pada program itu mereka mengagihkan 50 pek makanan asas kepada mangsa yang terkesan banjir.
Katanya, sumbangan tersebut inisiatif UMK dalam menjayakan misi bantuan kepada mangsa termasuk pelajar UMK yang ditimpa musibah banjir.
Kata beliau seramai 15 sukarelawan UMK dan lima kakitangan Jabatan Penjara Kelantan menyertai misi bantuan terbabit bagi menyambut saranan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk membantu meringankan beban mangsa banjir di Johor.

230323-02-07.jpg
“Briged Sukarelawan UMK melawat beberapa rumah pelajar UMK yang ditimpa musibah banjir dan menyerah bantuan dan Kotak Bantuan Rahmah UMK-KPT yang disediakan Bahagian Kebajikan Pelajar HEPA,” katanya.
Prof. Dr. Mohammad juga berkata, misi tersebut turut membersih dan mencuci kediaman penduduk dan pelajar UMK yang ditenggelami banjir baru-baru ini.
Sementara itu, Pengarah Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Ts. Dr. Muhamad Saufi Che Rusuli berkata, misi Briged Sukarelawan UMK mendapat kerjasama Jabatan Penjara Kelantan yang menyertai Misi Bantuan Pasca Banjir Johor bermula 12 hingga 14 Mac lepas.

230323-02-01.jpg
Katanya, misi bantuan ini membawa bersama empat jentera iaitu sebuah Van Maxus (pengangkutan sukarelawan), dua buah pacuan empat roda (4x4) dan sebuah lori Jabatan Penjara Negeri Kelantan.
“Allhamdullilah, misi ini berjalan lancar dan kami amat berterima kasih kepada pihak Jabatan Penjara Negeri Kelantan.

230323-02-03.jpg
Salah seorang pelajar Fakulti Sains Bumi (FSB) UMK, Aliff Amirudin Bin Miswan yang terkesan banjir di kawasan Kampung Parit Karjan, Batu Pahat, menceritakan kembali detik-detik cemas pada kejadian banjir itu memberitahu air mula-mula naik sekitar jam 3.00 pagi sehingga ke paras pinggang kami terpaksa berpindah dengan segera ke rumah saudara yang berdekatan kerana air semakin naik.
“Kami sekeluarga terpaksa bermalam tanpa bekalan elektrik dan air. Masuk hari kedua baharu lega kerana bantuan tiba serta bekalan elektrik kembali pulih seperti sediakala.
"Terima kasih kepada pihak yang membantu termasuk badan NGO yang menyediakan keperluan makanan asas dan menghantar air bersih sepanjang kami berada di kawasan perpindahan.
“Walaupun, cuaca sudah pulih tetapi beberapa tempat masih lagi dinaiki air banjir termenung,” katanya.

230323-02-04.jpg

230323-02-05.jpg

 

 

230323-02-06.jpg

230323-02-07.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png5.png7.png
Today69
Yesterday316
This week69
This month8005
Total286157

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search