KOTA BHARU, 18 April 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyampaikan sumbangan Bakul Aidilfitri kepada Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) di Jabatan Penyiaran RTM Kelantan, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.
Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UMK, En. Mohd Adzwan Kamaruzaman yang mewakili Naib Canselor UMK kepada Pengarah RTM Kelantan, Encik Wan Azhan Wan Hamad selaku Penasihat KEMUDI.
Majlis turut disaksikan oleh Presiden KEMUDI, Puan Majidah Ismail.
Dalam majlis sama, turut ditayangkan Video Eksklusif Raya UMK 2023 “Ayoh Pok Jak” yang menampilkan pelakon utama Hushairi Hussain (Ayie) & Abdullah Idris (Lloh) serta penampilan khas Issey Fazlisyam.
Drama berdurasi enam minit itu mengetengahkan kisah kekeluargaan yang pastinya menyentuh hati penonton. Drama pendek arahan staf Pusat Komunikasi Korporat, Pn Noor Alizam Shafie dan idea asal Issey Fazlisyam telah mula ditayangkan pada 16 April 2023 telah merekodkan 20,000 tontonan dalam tempoh 48 jam di semua platform media sosial rasmi UMK.