KOMUNITI

Komuniti

1,500 PELAJAR DARI UNIVERSITI DAN IPT KELANTAN HADIRI JELAJAH IKON MADANI

KOTA BHARU, 12 Mei 2023 I Seramai 1,500 pelajar mewakili beberapa Universiti dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari sekitar negeri ini menghadiri program Town Hall Madani @ UMK Bersama Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan.

160523-01-02.jpg

Siri Jelajah Ikon Madani di Universiti Awam (UA) merupakan anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dengan kerjasama Yayasan Prihatin dan UMK menjadi destinasi kedua bagi menerangkan Malaysia Madani secara dialog, iaitu sesi dua hala.

160523-01-03.jpg

Turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Razli Che Razak, Ketua Pengarah J-KOM, Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional, Dato' Mohd Aizuddin Ghazali, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah.

160523-01-04.jpg

Town Hall Madani juga merupakan program bermatlamat dengan menyediakan platform kepada komuniti pelajar dan masyarakat setempat untuk berdialog secara langsung tentang isu-isu semasa bagi komunikasi dua hala yang boleh memberi impak luar biasa.

160523-01-05.jpg

Selain itu, program ini juga bertujuan mengembangkan serta menukar idea dan pengalaman antara ikon-ikon jemputan antaranya pakar kewangan Islam, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, tokoh pendidikan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar; Pengerusi Malaysia Airlines Berhad, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin serta lagenda badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei, Pengacara Datuk Aznil Hj. Nawawi, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan usahawan selebriti, Zoey Rahman.

160523-01-06.jpg

Siri pertamajelajah itu bermula di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Rembau, Negeri Sembilan, seterusnya ke UMK, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Utara Malaysia (UUM), UiTM Permatang Pauh di Pulau Pinang dan dijangka berakhir di UiTM Shah Alam.160523-01-13.jpg

160523-01-07.jpg

160523-01-08.jpg

160523-01-09.jpg

160523-01-10.jpg

160523-01-12.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png9.png4.png
Today106
Yesterday316
This week106
This month8042
Total286194

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search