KOMUNITI

Komuniti

KANAK-KANAK ISTIMEWA AUTISME TANAM POKOK BULUH DI HUTAN MINI UMK

BACHOK, 30 Mei 2023 I Seramai 20 pelajar istimewa (autisme) dari Pusat Jagaan Autisme Kelantan (KACC) menyertai program Kelantan Autism Children's Nature Advanture di Ladang Veterinar dan Hutan Mini UMK, di UMK Bachok, hari ini.

Program anjuran Kelab Penyayang UMK ini turut mendapat kerjasama dari KACC, syarikat Rohm Wako Electronics Malaysia Sdn. Bhd., Creative Techno Park (CTP), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) serta Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.

010623-01-01.jpg

Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya kanak-kanak istimewa ini diberi peluang menanam sendiri 20 dari 100 batang pokok buluh di sekitar kawasan hutan gelam UMK Bachok.

Penyelaras Kelab Penyayang UMK, Prof. Madya Dr. Yohan Kurniawan berkata, program ini bertujuan untuk membangunkan interaksi sosial kanak-kanak autisme melalui alam semula jadi dan persekitarannya.

Katanya, keupayaan untuk menjalin hubungan dengan orang lain adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak autisme.

010623-01-02.jpg

“Melalui program ini, kanak-kanak istimewa ini gembira dapat melakukan aktiviti menanam pokok, berjalan dalam hutan dan menyentuh haiwan serta memberi makan kepada haiwan dengan tangan mereka sendiri.

“Maklum balas kami terima amat positif dan peserta seronok dengan pendidikan di luar bilik darjah hari ini.

“Kanak-kanak Autisme ini juga memerlukan rawatan dan pendidikan di luar bilik darjah untuk melatih kemahiran sosial mereka untuk membantu perkembangan sosial mereka,”katanya.

010623-01-03.jpg

Turut hadir, Pengarah CTP UMK, Encik Mohd Aswawi Bin Isa, Penasihat Kelab Penyayang, Encik Ruzaini Ijon dan Pengerusi Seketariat, Nurin Suhana Hushairy.

Terilbat sama ialah lapan pelajar dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang mengikuti program mobiliti pelajar (Community Outreach Programme) selama tiga bulan di Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (PBI).

010623-01-06.jpg

010623-01-05.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png4.png0.png
Today252
Yesterday316
This week252
This month8188
Total286340

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search