KOMUNITI

Komuniti

UMK TUAN RUMAH KEJOHANAN KUDA LASAK PIALA NAIB CANSELOR (UMK NC CUP) 2023

BACHOK, 10 Jun 2023 I Kejohanan Kuda Lasak Piala Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan ( UMK NC CUP) 2023 telah berlangsung di Pantai Seri Nipah, Bachok, Kelantan, hari ini melibatkan 80 rider dari pelbagai kelab kuda dari seluruh negara.

160623-03-02.jpg
Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak telah menyempurnakan acara pelepasan pertama ‘Flag Off’ Kategori CEN 40km Kebangsaan bermula jam 4.00 pagi.
Seterusnya, beliau turut menyempurnakan pelepasan kategori Amatur 35km dan VIP/Veteran 20km.
Kejohanan Kuda Lasak UMK NC Cup 2023 merupakan anjuran Pusat Sukan, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UMK dengan kerjasama Royal Terengganu Endurance Stables (RTES).

160623-03-03.jpg
Kejohanan kali kedua yang diadakan ini turut melibatkan penampilan istimewa selebriti Faizal Tahir yang beraksi dalam kategori CEN 40km bagi pasukan Ar-Raudhah Equine Center.
Kehadiran penyanyi dan komposer yang terkenal dengan lagu berjudul Santai itu mencuri perhatian perserta untuk merebut Piala Pusingan dan Iringan Kejohanan Kuda Lasak Piala Naib Canselor (UMK NC Cup) 2023.

160623-03-15.jpg

160623-03-04.jpg
 
160623-03-05.jpg
 
160623-03-06.jpg
 
160623-03-07.jpg
 
160623-03-08.jpg
 
160623-03-10.jpg
 
160623-03-11.jpg
 
160623-03-12.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png2.png0.png
Today132
Yesterday316
This week132
This month8068
Total286220

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search