KOMUNITI

Komuniti

UMK KORBAN SEMBILAN EKOR LEMBU SEMPENA AIDILADHA 1444H/2023M


BACHOK, 2 Julai 2023 I Sebanyak sembilan ekor lembu dan seekor kambing menjadi korban sempena Program Ibadah Korban 1444H/ 2023M anjuran Pusat Islam Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di perkarangan Masjid UMK Bachok, Kelantan, seawal jam 7.00 pagi tadi.

120723-01-02.jpg
Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak berkata, dua ekor lembu korban adalah daripada Maybank dan seekor lembu sumbangan RHB Bank Berhad. Enam ekor lembu dan seekor kambing adalah peserta korban dalam kalangan staf UMK yang diketuai oleh Naib Canselor sendiri dengan mengorbankan seekor lembu.
Katanya, program menyembelih dan melapah daging diadakan secara gotong-royong membabitkan pegawai, pelajar, staf dan komuniti setempat.
“Program ini adalah bertujuan untuk menghayati sambutan Hari Raya AidilAdha pada tahun ini dan memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan hubungan di antara Universiti dengan pelajar, staf dan masyarakat setempat,” katanya.

120723-01-07.jpg
Sementara itu, Pengarah Pusat Islam UMK, Prof. Madya Dr. Mohd Zain Bin Mubarak berkata, ini merupakan program tahunan dan pada kali ni lebih 600 bungkus daging diagihkan kepada pelajar, staf dan penduduk setempat di sekitar Mukim Rekang Hulu Mukim Repek, Bachok.
“Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada para sukarelawan yang terdiri dalam kalangan masyarakat, staf dan pelajar kerana membantu memastikan program korban berjalan dengan lancar dan selesai sebelum jam 12 tengahari.

120723-01-03.jpg
Prof. Madya Dr. Mohd Zain mempelawa warga UMK untuk terus memberi sokongan menyertai Program Ibadah Korban pada tahun hadapan melalui bayaran tunai dan juga skim potongan gaji bulanan.

120723-01-04.jpg
“InshaAllah, diharapkan lebih ramai penglibatan staf dan agensi luar agar program ibadah korban ini dapat diteruskan dengan lebih meriah dan mengeratkan silaturrahim antara universiti, agensi dan masyarakat,” katanya.

120723-01-05.jpg

120723-01-06.jpg

 

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png9.png9.png
Today211
Yesterday316
This week211
This month8147
Total286299

Who Is Online

3
Online

2024-04-29

Search