KOMUNITI

Komuniti

PROGRAM SEMARAK SISWA MADANI@PASIR PEKAN

TUMPAT, 28 Julai 2023 I Program Semarak Siswa Madani Universiti Malaysia Kelantan (UMK)@Pasir Pekan, anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEPA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah berlangsung dengan meriah  bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kutan, Pasir Pekan, Kelantan.

Majlis pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Dato' Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan dan diiringi Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak.

230823-04-01.jpg

Menurut Prof. Dato’ Dr. Razli, program sehari ini adalah bertujuan untuk menyebarluaskan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan masyarakat terhadap usaha-usaha kerajaan dalam membangunkan Malaysia MADANI.

Katanya, program ini sejajar dengan pelancaran Program Semarak Siswa Madani oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, pada 20 Jun 2023.

230823-04-02.jpg

“Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya KPT Prihatin Madani, Student for Society (S4S), Inovasi Sosial - Knowledge Transfer Programme (KTP) dan TVET @ Komuniti Madani.

“Selain pelajar berpeluang berbakti kepada masyarakat, inisiatif ini juga mampu membangunkan nilai kepimpinan, keprihatinan serta mempertingkatkan kebolehpasaran graduan.

“Program Semarak Siswa Madani UMK@ Pasir Pekan berfokus kepada tiga aktiviti iaitu: Selangkah ke Universiti, Pemeriksaan Kesihatan Haiwan Percuma dan Jualan Rahmah oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,”katanya.

230823-04-05.jpg

 
230823-04-06.jpg
 
230823-04-07.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png2.png5.png
Today137
Yesterday316
This week137
This month8073
Total286225

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search