KOMUNITI

Komuniti

UMK HASILKAN LUKISAN TANGAN JALUR GEMILANG TERPANJANG


BACHOK 27 Ogos 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melakar sejarah baharu apabila berjaya menghasilkan Lukisan Tangan Jalur Gemilang Terpanjang berukuran 660 kaki sebagai simbolik 66 tahun Sambutan Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini.

050923-02-02.jpg
Mendukung tema Kemerdekaan Malaysia Madani : Tekad Perpaduan Penuhi Harapan, lukisan Jalur Gemilang itu merupakan hasil kerja tangan seluruh keluarga UMK dari ketiga-tiga kampus termasuklah Majlis Perwakilan Pelajar UMK.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak dengan mengecat warna kuning pada lukisan bintang 14, sebagai gimik perasmian.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Pendaftar UMK, En. Khairul Eruwan Abd. Halim dan Menjalankan Fungsi Bendahari, Puan Wan Noor Azimah Wan Muhammad.

050923-02-05.jpg
Prof Dato' Dr. Razli berkata, proses mewarna bendera itu telah dijayakan oleh staf dari 28 Pusat Tanggungjawab (PTJ) UMK serta pelajar UMK dengan mengambil masa selama dua minggu untuk disiapkan.
Beliau berkata, selain itu pelbagai program telah diatur sepanjang bulan sambutan kemerdekaan antaranya solat hajat kesyukuran , program Kuca Suro Patriotik dan Kembara Patriotik Zon Timur.
"Kembara ini bermula di lokasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA) dan berakhir di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA).

050923-02-03.jpg

050923-02-04.jpg
 
050923-02-06.jpg
 
050923-02-07.jpg
 
050923-02-08.jpg
 
050923-02-09.jpg
 
050923-02-10.jpg
 
050923-02-11.jpg
 
 

Web Traffic

2.png8.png6.png3.png2.png5.png
Today237
Yesterday316
This week237
This month8173
Total286325

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search