KOMUNITI

Komuniti

132 STAF UMK SERTAI MISI KEMBARA PATRIOTIK ZON TIMUR


BACHOK 17 Ogos 2023 I Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak menyempurnakan pelepasan (flag off) kira-kira 132 peserta bermotosikal dan 13 buah kenderaan sempena Program Kembara Patriotik Zon Timur Tahun 2023, di perkarangan Bangunan Canselori, UMK Bachok, Kelantan, semalam.

050923-05-04.jpg
Pelepasan siri jelajah Kembara Patriotik ini bermula seawal jam 8.30 pagi, pada 16 hingga 17 Ogos 2023 (Rabu hingga Khamis) melibatkan di tiga lokasi utama (check point) iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Kembara Patriotik UMK Zon Timur bersempena sambutan bulan kemerdekaan negara ke-66 tahun ini turut disertai oleh Prof. Dato’ Dr. Razli, Pendaftar UMK, En. Khairul Eruwan Abdul Halim, Pengarah Bahagian Keselamatan, Encik Wan Salman Wan Salleh dan Pengarah Komunikasi Korporat UMK, Encik Mohd Adzwan Kamaruzaman.

050923-05-02.jpg
Menurut Prof. Dato’ Dr. Razli, program julung kali diadakan ini adalah sebahagian dari pengisian bulan kemerdekaan untuk menyuntik semangat cinta kepada negara.
Beliau berharap, melalui penganjuran program ini hubungan silaturahim di kalangan staf UMK terus berkekalan.
Sementara itu, sempena Sambutan Kemerdekaan Ke 66 satu majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat UMK Tahun 2023 akan berlangsung di Bangunan Astaka, Pusat Sukan, UMK Bachok, 8 pagi pada 27 Ogos 2023 (Ahad).

050923-05-03.jpg
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan antaranya ialah persembahan Pentomin Kemerdekaan, persembahan pancaragam daripada Rejimen Askar Melayu Diraja, Persembahan Lintas Langsung Paramotor di Udara, Simbolik Kibaran Jalur Gemilang Terpanjang dan Permainan Sukan Rakyat Tradisional.
Jom! Beramai-ramai memeriahkan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat UMK Tahun 2023.

050923-05-05.jpg

 
050923-05-06.jpg
 
050923-05-07.jpg
 
050923-05-08.jpg
 
050923-05-09.jpg
 
050923-05-10.jpg
 
050923-05-11.jpg
 
050923-05-12.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png3.png2.png
Today144
Yesterday316
This week144
This month8080
Total286232

Who Is Online

3
Online

2024-04-29

Search