KOMUNITI

Komuniti

1700 WARGA UMK MERIAHKAN HARI KELUARGA 2023


JELI, 24 September 2023 I Hari Keluarga UMK 2023 meriah dengan kehadiran seramai 1,700 ahli keluarga Universiti Malaysia Kelantan (UMK di UMK Kampus Jeli, Kelantan, pada 21 dan 22 September 2023.
Bertemakan “Keluarga UMK Teguh Bersama", Hari Keluarga UMK pada tahun 2023 telah diadakan dengan meriah selepas kali terakhir penganjurannya pada tahun 2015 di UMK Bachok.161023-06-02.jpg


Menurut Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak, objektif penganjuran program ini adalah untuk mewujudkan interaksi dan hubungan mesra di antara pihak pengurusan tertinggi Universiti dengan semua staf UMK di setiap kampus.
Beliau berkata, program seperti ini bukan sahaja untuk berkumpul dan bersuka ria bersama keluarga tetapi platform terbaik kepada organisasi khususnya untuk merapatkan lagi ukhwah dan hubungan silaturahim ke arah memupuk semangat kerja berpasukan.

161023-06-03.jpg
“Sesebuah organisasi tidak mampu untuk berjaya dengan sendiri tanpa sokongan dan kerjasama dari semua pihak. Istilah budaya ‘silo’ perlu dihapuskan dan pemupukan nilai-nilai berpasukan perlu diterapkan ke dalam minda kita supaya misi dan visi UMK tercapai.
“Harapan saya kepada semua ahli keluarga UMK untuk terus bekerja dengan penuh komited dan berintegriti serta berdisiplin dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, berusaha mengekalkan keharmonian sepanjang masa, setia kepada ketua dan organisasi serta bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik,” katanya.

161023-06-04.jpg
Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UMK Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan, Ahli Lembaga Pengarah UMK adalah Datuk Haji Zaluzi bin Sulaiman, Datuk Hj. Mohd Adhan bin Kechik dan Prof. Dr. Aweng A/L Eh Rak.

161023-06-05.jpg
Pihak urusetia telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya ialah sukaneka kategori kanak-kanak, sukan dan sukaneka staf, malam bakat staf dan pertandingan koir di antara kontinjen.

Turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM10,000.00.
Sementara itu, Pendaftar UMK selaku Pengerusi Hari Keluarga UMK 2023, Encik Khairul Eruwan Abdul Halim berkata, kejayaan sambutan Hari Keluarga UMK 2023 ini adalah hasil sokongan dan kerjasama pengurusan tertinggi universiti, ketua PTJ serta kepimpinan kesatuan dan persatuan di UMK.
Katanya, program ini secara tidak langsung dapat meningkatkan 'happiness index' warga kampus dan merapatkan hubungan keluarga UMK.

161023-06-06.jpg

 
161023-06-07.jpg
 
161023-06-08.jpg
 
161023-06-09.jpg
 
161023-06-10.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png8.png1.png
Today93
Yesterday316
This week93
This month8029
Total286181

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search