KOMUNITI

Komuniti

INI BARU BETUL-BETUL CATWALK ! GERAM TENGOK COMEL DAN GEBU-GEBU


BACHOK 24 Oktober 2023 I Dahlah comel, montok dan gebu-gebu ! Kita yang tengok pun geram melihat telatah dan aksi haiwan peliharaan kesayangan bersama-sama berlari dan mengayakan pelbagai gaya dalam pertunjukan fesyen kucing.

261123-05-02.jpg
Sebenarnya, ramai tidak tahu bahawa kucing juga memerlukan aktiviti riadah, bersenam dan menjalani gaya hidup sihat serta aktif.
Justeru itu, penganjuran Program Cat-Walk Fun Run 2023 oleh Makmal Pengajar Haiwan Kesayangan (CATeL), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), baru-baru ini telah diadakan dengan meriah sebagai platform kepada pemilik kucing bermarathon bersama haiwan peliharaan.
Dekan FPV, Dr. Mohd Farhan Hanif Reduan berkata, program ini bukan sahaja mendorong pemilik menjalani gaya hidup sihat dan aktif tetapi sekaligus membantu merapatkan hubungan kucing dan pemiliknya.

261123-05-03.jpg
Katanya, program Cat-Walk Fun Run 2023 diadakan bersempena penganjuran program ‘Animal Awareness Day’ dengan kerjasama dari Pejabat Pendaftar UMK, RJ Cats Motel & Spa dan Malaysian Society Parasitology and Tropical Medicine’ (MSPTM).
“Program larian sejauh ‘1KM Walk with Cat’ bersama kucing ini mendapat sambutan yang cukup meriah dengan kehadiran penyertaan mencecah 400 peserta walaupun kali pertama diadakan di UMK. Peserta terdiri dari pelbagai peringkat umur terutamanya pecinta-pecinta kucing, pelajar-pelajar sekolah, dan pelajar UMK.
“Peserta- peserta terlebih dahulu di beri taklimat terutamanya untuk memastikan keselamatan dan kesihatan kucing yang dibawa terjaga dan tidak mengalami apa-apa kecederaan sepanjang aktiviti ‘Walk with Cat’,” katanya selepas menyempurnakan acara pelepasan (Flag Off) 1KM Walk with Cat dan 5KM Fun Run, di perkarangan Bangunan Canselori, UMK Bachok, Kelantan, baru-baru ini.

261123-05-04.jpg
Turut hadir, Timbalan Dekan FPV, Dr. Nor Fadhilah Kamaruzzaman dan wakil MSPTM, Dato' Dr. Chandrawathani Panchadcharam.
Program tersebut turut dimeriahkan dengan ‘Cat Fashion Show’, ceramah kesedaran oleh Prof. Madya Dr. Choong Siew Shean yang berkaitan dengan kesedaran dalam kalangan masyarakat terutama mengenai penyakit zoonotik.
Selain itu, terdapat juga gerai-gerai jualan aksesori kucing dan makanan.

261123-05-05.jpg

 
261123-05-06.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png6.png1.png
Today73
Yesterday316
This week73
This month8009
Total286161

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search