KOMUNITI

Komuniti

SISWA/WI UMK KUTUK KEKEJAMAN ISRAEL


KOTA BHARU 19 Oktober 2023 I Mahasiswa/wi Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Isreal yang menindas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

261123-07-01.jpg
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UMK (MMPUMK), Mohd Farid Zainal, 23, berkata, seramai 800 pelajar dan staf berhimpun secara aman bagi Program Solidariti Palestin UMK untuk menzahirkan soladariti terhadap kezaliman oleh tentera Yahudi laknatullah.

261123-07-02.jpg
Katanya, UMK bersama-sama menyokong ke atas perjuangan umat Islam di Palestin yang mahu membebaskan bumi Palestin dari kezaliman tentera Israel.
“Perhimpunan dimulakan dengan berarak di sekitar UMK Kampus Kota dengan membawa bendera dan sepanduk di perkarangan kolej kediaman dan berakhir di Laman Lamar.

261123-07-03.jpg
“Turut menyertai perhimpunan tanda perpaduan warga staf dan pelajar ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail, Pendaftar UMK, En. Khairul Eruwan dan seleberiti, Amin Idris,” katanya.

261123-07-04.jpg
Perhimpunan selama satu jam itu dimulakan dengan ucapan pidato oleh Prof. Dr. Mohammad, Amin Idris dan wakil MPPUMK.
Sebelum bersurai, perhimpunan soladiriti diakhiri dengan bacaan doa qunut nazilah untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat umat Islam di Palestin.

261123-07-05.jpg

 

261123-07-06.jpg
 
261123-07-07.jpg
 
261123-07-08.jpg
 
261123-07-09.jpg
 
261123-07-10.jpg
 
261123-07-11.jpg
 
261123-07-13.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png5.png6.png
Today68
Yesterday316
This week68
This month8004
Total286156

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search