KOMUNITI

Komuniti

UMK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DATUK BANDAR KASAOKA CITY, JEPUN


BACHOK 13 Oktober 2023 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Datuk Bandar Kasaoka, Jepun, Mr Yoshifumi Kobayashi dan delegasi Kasaoka City.

261123-10-02.jpg
Beliau disambut oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato’ Dr. Nik Maheran Nik Muhammad dan Dekan FBI, Dr. Burhan Bin Che Daud, di Bilik Mesyuarat Tok Kenali, Fakulti Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI), UMK Bachok, Kelantan.
Kunjung hormat ini adalah bersempena berlangsungnya Program International Language & Cultural Exchange (ILCEn 2023) anjuran FBI yang diadakan pada 13 hingga 14 Oktober 2023.

261123-10-03.jpg
Pada program itu para pelajar FBI berpeluang untuk berinteraksi dengan Mr Yoshifumi Kobayashi dan pelajar-pelajar dari Okayama Ryukoku High School dan Kasaoka Commercial School.
Terdahulu, beberapa siri perkenalan, sesi induksi dan perbincangan dilakukan secara dalam talian pada 6 dan 13 September 2023. Antara aktiviti diadakan ialah pertukaran budaya dan bahasa antara kedua-dua buah negara. Delegasi Kasoaka City turut dibawa melawat ke tempat-tempat menarik dan bersejarah di sekitar Kota Bharu.

261123-10-04.jpg

 
261123-10-05.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png1.png1.png
Today123
Yesterday316
This week123
This month8059
Total286211

Who Is Online

3
Online

2024-04-29

Search