KOMUNITI

Komuniti

100 PELAJAR UMK TERIMA SUMBANGAN BANTUAN AWAL YAYASAN BANK RAKYAT


BACHOK 6 Februari 2024 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima sumbangan berjumlah RM100,000 bagi Program Bantuan Awal Pengajian daripada Yayasan Bank Rakyat untuk membantu meringankan beban pelajar kategori Asnaf/B40.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Bank Rakyat, En. Saiful Rizal Abdul Ghani kepada Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak di Bangunan Canselori, UMK Bachok, hari ini.

180324-02-02.jpg
Menurut Prof. Dato’ Dr. Razli, sumbangan sebanyak RM1,000.00 akan disalurkan kepada 100 orang pelajar yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban kewangan pelajar UMK sepanjang pengajian mereka di UMK.
Beliau berkata, sumbangan ini mampu memberi perangsang dan motivasi kepada pelajar-pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan seterusnya meraih kecemerlangan.
“UMK menghargai usaha baik yang dilakukan Yayasan Bank Rakyat dan pihak UMK mendokong hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan universiti telah menyediakan platform kepada agensi dan industri untuk membantu meringankan beban pelajar kategori Asnaf/B40 sepanjang pengajian.

180324-02-03.jpg
“Untuk makluman, UMK mempunyai 9,909 pelajar dalam kategori B40 atau 77.2 peratus daripada jumlah enrolmen pelajar seramai 12,836 orang.
“Manakala, daripada jumlah tersebut, pelajar dalam kategori miskin adalah seramai 912 orang dan pelajar dalam kategori fakir adalah seramai 452 orang,” katanya.
Beliau amat mengalu-alukan sumbangan pihak luar daripada pelbagai agensi dan industri untuk dihulurkan kepada para pelajar yang kurang berkemampuan.
“UMK amat berharap agar inisiatif seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang kepada para pelajar yang kurang berkemampuan bertujuan untuk meringankan beban serta membantu menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada mereka,” katanya.

180324-02-04.jpg

180324-02-05.jpg
 
180324-02-06.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png2.png1.png4.png
Today126
Yesterday316
This week126
This month8062
Total286214

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search