KOMUNITI

Komuniti

BENGKEL PERUSAHAAN SOSIAL BERSAMA KOMUNITI 2024


PULAU PANGKOR 28 Februari 2024 I Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (TNCPI) serta Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) telah mengadakan Bengkel Perusahaan Sosial Bersama Komuniti 2024 di Pulau Pangkor, Perak, pada 28 Februari 2024.

180324-05-02.jpg
Menurut Felo Bersekutu InsPeK, Prof. Madya Dr. Mohd Hafiz Jamaludin, program ini adalah untuk membantu komuniti setempat dalam melaksanakan projek-projek perusahaan sosial yang bersesuaian dengan faktor demografi serta pendedahan berkaitan penjenamaan produk, pemasaran digital, pengurusan kewangan dan penyediaan produk juga diberikan keutamaan.

180324-05-03.jpg
Beliau berkata, golongan yang dibelenggu kemiskinan akan diberikan perhatian melalui aktiviti berkaitan dengan pemindahan ilmu, pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosial bagi menguruskan kemiskinan, dengan melaksanakan pelbagai kajian dan program pemindahan ilmu yang terbukti berjaya dengan menggunakan instrumen pemetaan dan pemantauan yang dibangunkan oleh penyelidik dari UMK.

180324-05-04.jpg
“Tujuan pelaksanaan bengkel ini adalah membantu komuniti setempat dalam melaksanakan projek-projek perusahaan sosial yang bersesuaian dengan demografi tempat di kawasan tersebut,” katanya.
Program ini juga merupakan platform untuk mengetengahkan produk-produk penyelidikan dan inovasi dalam memberi ilmu kepada masyarakat dari segi penghasilan produk-produk sosial untuk dipasarkan.

180324-05-05.jpg

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png7.png4.png
Today86
Yesterday316
This week86
This month8022
Total286174

Who Is Online

1
Online

2024-04-29

Search