KOMUNITI

Komuniti

PERKAMPUNGAN ORANG ASLI POS BLAU DIPILIH KAMPUNG ANGKAT UMK


GUA MUSANG 15 Februari 2024 I Perkampungan Orang Asli Pos Blau, yang terletak di pedalaman Gua Musang, Kelantan, dipilih sebagai kampung angkat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sempena Program Kampung Angkat UMK bersama Komuniti Pos Blau, hari ini.

180324-09-01.jpg
Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak berkata, Pos Blau dipilih sebagai kampung angkat UMK untuk program sosial korporat (CSR) UMK bagi membantu komuniti di sini khususnya untuk meningkatkan kemajuan dan pembangunan ekonomi setempat di kampung tersebut.

180324-09-02.jpg
Beliau berkata, Pos Blau dipilih sebagai Kampung Angkat UMK adalah untuk memastikan keterlihatan UMK di lokaliti setempat melalui penganjuran program-program tertentu khususnya program berbentuk kemasyarakatan.
“Program ini juga menggalakkan penglibatan komuniti dan mahasiswa khususnya dalam memperkasakan bakat dan kemahiran mahasiswa untuk menangani isu serta masalah dalam komuniti setempat.

180324-09-03.jpg
“Sepanjang 2 hari UMK bersama Komuniti Pos Blau, beberapa program telah dijalankan seperti Program Khidmat Komuniti I-UMK dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun iaitu program pendedahan elemen kerohanian contohnya untuk bacaan solat, bacaan surah surah lazim dan sebagainya.
“Selain itu, pengisian program “Blau Comei Lotey” iaitu program pendedahan kepada cara penjagaan kecantikan dalam kalangan belia wanita di Pos Blau. Lebih menarik ialah program “Suara Emas Pos Blau” iaitu program pertandingan nyanyian dan Program “Gomo Rakyat Blau” iaitu program sukaneka,” katanya pada Program Penyerahan Kampung Angkat UMK Bersama Komuniti di Pos Blau, Gua Musang Kelantan.

180324-09-05.jpg
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, YB Haji Mohd Syahbuddin bin Hashim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Dr. Mohammad Ismail, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) Negeri Kelantan dan Terengganu, Pn. Zarina Razlan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), Gua Musang, En. Bakar Halim.

180324-09-06.jpg
Sementara itu, Prof. Dr. Mohammad berkata, program ini adalah selari dengan semangat Semarak Siswa Madani yang universiti melalui mahasiswa sentiasa bersama komuniti.
Katanya, pihak UMK akan bekerjasama dengan pihak Pejabat Adun Galas untuk merancang program-program yang bersesuaian dengan keperluan komuniti. Sekalung penghargaan kepada pelajar yang terlibat terutama mahasiswa yang telah mengendalikan hampir kesemua program yang diadakan.

180324-09-07.jpg
“Program-program ini merupakan program permulaan dan pihak UMK akan terus mengadakan program lain yang bersesuaian dengan keperluan komuniti Pos Blau. Terima kasih diucapkan kepada pasukan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) atas sokongan dalam menjayakan program ini,” katanya.

Web Traffic

2.png8.png6.png1.png8.png9.png
Today101
Yesterday316
This week101
This month8037
Total286189

Who Is Online

2
Online

2024-04-29

Search