BACHOK 24 April 2024 I Bersendikan sebuah universiti keusahawanan di Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengadakan sambutan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Universiti 2024 bersekali dengan Majlis Aspresiasi keusahawanan universiti – AKKPT.
Keusahawanan sudah sebati dengan UMK, justeru agenda dan ecosystem keusahawanan merupakan denyut nadi yang perlu sentiasa disemerakkan dalam kalangan semua warga universiti.
Sempena Hari Raya Aidilfitri, Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) telah menyumbang sebanyak tiga ekor lembu dalam menjayakan apresiasi keusahawanan bersempena sambutan aidilfitri pada kali ini.
Ini sebagai memenifestasikan ucapan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan jasa bakti semua warga universiti.
Sementara itu, pelbagai juadah tradisional dan moden dihidangkan kepada para tetamu Universiti bersama warga staf dan pelajar universiti.
Turut diadakan Majlis Penyerahan Bakul Syawal oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail kepada pelajar asnaf dan kategori B40.
Sementara itu, Pusat Pusat Komputeran Dan Informatik di umumkan sebagai tempat pertama booth tercantik yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM300 dan hamper.
Manakala, tempat kedua dimenangi oleh Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan serta tempat ketiga Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu.









