KOMUNITI

Komuniti

TIGA UNIVERSITI AWAM LOKASI PERSINGGAHAN KEMBARA PATRIOTIK UMK ZON UTARA 2024


BACHOK 19 Ogos 2024 | Seramai 67 staf UMK dengan konvoi 11 buah kenderaan pacuan 4 roda menyertai program Kembara Patriotik UMK Zon Utara 2024 sebagai simbolik kepada Sambutan Kemerdekaan ke 67.
Misi kali ini melibatkan tiga buah Universiti Awam iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sebagai lokasi persinggahan utama konvoi Kembara Patriotik UMK Zon Utara 2024.

100924-13-01.jpg
Majlis pelancaran flag off Kembara Patriotik UMK Zon Utara 2024 dan Semarak Merdeka telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Dr. Razli Che Razak, di Foyer Dewan Tuanku Canselor, UMK Kampus Bachok, pagi tadi.
Turut hadir, Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail dan Pendaftar UMK, En. Khairul Eruwan Abd. Halim.

100924-13-02.jpg
Konvoi Merdeka mengelilingi beberapa lokasi di Zon Utara ini, secara tidak langsung dapat menyemarakkan rasa keterujaan sebagai rakyat Malaysia yang sedang meraikan bulan kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang sama ada di kenderaan, rumah, premis dan sebagainya.
Penganjuran program kali ini bertemakan Tekad Perpaduan Penuhi Harapan dan berlangsung selama tiga hari bermula pada 21 hingga 23 Ogos 2024.
Objektif utama program ini adalah untuk menyemai semangat cintakan negara dan bersyukur di atas nikmat kemerdekaan dikecapi selama ini.

100924-13-03.jpg
Selain itu, program ini juga dapat menzahirkan keterlihatan warga UMK sepanjang konvoi kemerdekaan untuk menaikkan nama universiti supaya lebih dikenali di peringkat negara.
Kembara ini juga dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim di antara warga UMK dan komuniti setempat melalui aktiviti siri jelajah yang diadakan ini.
Simbolik kepada sambutan Hari Kebangsaan bertema ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’, pihak UMK turut mengadakan hari Busana Kreatif Merdeka yang menggalakkan warga UMK memakai pakaian kreatif bertemakan semangat kemerdekaan sebagai tanda sokongan dan kecintaan kepada negara.


Pada majlis ini turut diadakan pemilihan ‘Pakaian Paling Kreatif Kategori PTj’ dan kategori ‘Pakaian Staf Paling Kreatif (Lelaki/Wanita).

100924-13-04.jpg

100924-13-05.jpg
 
100924-13-07.jpg
 
100924-13-10.jpg
 
100924-13-11.jpg

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

2
Online

2025-09-24

Search