KOMUNITI

Komuniti

WARGA UMK ZAHIRKAN SEMANGAT PATRIOTIK KIBAR JALUR GEMILANG SEPANJANG KEMBARA MERDEKA UMK@ZON UTARA 2024


SAMBUTAN 67 Tahun Kemerdekaan Negara telah diterjemahkan oleh seluruh warga UMK dengan menyertai Konvoi Kembara Merdeka UMK@Zon Utara 2024 libatkan tiga buah negeri di Utara Semenanjung Malaysia iaitu Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah dan berakhir Universiti Malaysia Perlis.

100924-14-02.jpg
Kembara sejauh 1,000 kilometer lebih ini melibatkan seramai 67 orang staf dan pelajar UMK dengan menggunakan 11 buah kenderaan pelbagai guna bermula pada 21 hingga 23 Ogos 2024.
Simbolik pelepasan konvoi ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Dr. Razli bin Che Razak, di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok, pada 21 Ogos 2024, sempena majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat UMK yang turut dihadiri kira-kira 500 orang staf UMK.

100924-14-03.jpg
Sementara itu, pelepasan konvoi di setiap Universiti turut melibatkan Naib-Naib Canselor dan Pendaftar serta Pengurusan Tertinggi universiti masing-masing.
Bagi pihak universiti dan Naib Canselor UMK, jawatankuasa penganjur Pejabat Pendaftar yang diketuai oleh Pendaftar, En. Khairul Eruwan bin Abdul Halim merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan terhadap komitmen tinggi Naib-Naib Canselor dan Pendaftar-Pendaftar daripada Universiti Sains Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis yang sudi menyambut kami.

100924-14-04.jpg
Misi kembara kali ini telah diberi sambutan meriah dan luar biasa oleh warga UUM, USM dan Unimap serta semua siswa siswi di setiap lokasi persinggahan kami.

100924-14-05.jpg

 
100924-14-06.jpg
 
100924-14-07.jpg
 
100924-14-08.jpg
 
100924-14-09.jpg
 
100924-14-10.jpg
 
100924-14-11.jpg
 
100924-14-12.jpg
 
100924-14-13.jpg
 
100924-14-14.jpg
 
100924-14-15.jpg

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

4
Online

2026-02-15

Search