KOMUNITI

Komuniti

WARGA UMK SAMBUT πŒπˆππ†π†π” πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π ππ„πŠπ„π‘π‰π€π€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ’


BACHOK 22 Ogos 2024 I Pengisian Program See Me OSH@UMK 2024 diharap dapat membantu pekerja dalam penambahan ilmu pengetahuan untuk cakna terhadap isu-isu KKP dan mempersiapsiagakan diri jika berlaku sebarang kecemasan di tempat kerja.
Naib Canselor UMK, Dato’ Prof. Dr. Razli Che Razak berkata, program ini sekaligus untuk memastikan pekerja dan tempat kerja sentiasa selamat, sihat serta memberi manfaat kebaikan kepada semua staf.

110924-03-02.jpg
Beliau berkata, Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (OSH Week) adalah satu acara tahunan yang disambut pada minggu ke-2 bulan Julai setiap tahun bermula tahun 2006.
β€œSambutan ini bertujuan bagi menghebahkan maklumat terkini berkaitan isu-isu keselamatan dan kesihatan. Ia juga disasarkan bagi mempromosi pembentukan dan pemeliharaan budaya kerja selamat dan sihat dalam kalangan majikan, pekerja serta orang awam.
β€œIni dapat membantu hasrat pihak UMK untuk menjadi organisasi yang unggul dalam pengurusan KKP.Syabas dan tahniah juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program pada hari ini.

110924-03-03.jpg
β€œSaya juga percaya dengan kombinasi di antara majikan yang prihatin, pekerja yang berkualiti dan produktif, sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang efektif serta keadaan persekitaran kerja yang kondusif,” katanya pada Majlis Perasmian Penutupan Program See Me Osh@UMK 2.0 Tahun 2024 Peringkat UMK, di Laman Monsun, UMK Bachok.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohammad Ismail dan Pengarah Pusat Pengurusan Persekitaran Keselamatan Dan Kesihatan, Ts. Dr. Darliana Binti Mohamad.
Menurut Ts. Dr. Darliana, pada tahun ini, program See Me OSH@UMK 2.0 ini telah bermula pada April sehingga Julai 2024 dengan pengisian pelbagai program iaitu seperti Kursus KKP, pertandingan Virtual Run, Video KKP, Poster KKP dan Creative Safety Corner.
Katanya, penganjuran program tahunan ini diharap manfaat dan kebaikan kepada semua yang terlibat.

110924-03-04.jpg
β€œWorld OSH Day disambut pada 28 April setiap tahun bermula tahun 2003 oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan sambutan dibuat bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mewujudkan tempat kerja yang selamat dan sihat serta menekankan pencegahan kemalangan dan penyakit di tempat kerja.
β€œSelain itu, ianya juga disambut bagi tujuan mempromosikan budaya pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan di tempat kerja. Sambutan World OSH Day tahun 2024 yang ini bertemakan β€œKesan Perubahan Iklim Terhadap Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan” sebagaimana ditetapkan oleh pihak Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO),” katanya.
Turut berlangsung majlis Penyampaian Prihatin Kepada Pekerja, Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Virtual Run, Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Creative Safety Corner, Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Poster KKP dan Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Video KKP.
Sementara itu, senamrobik turut diadakan Laman Puteri Saadong, Fakulti Kreatif dan Warisan (FTKW).

110924-03-05.jpg

110924-03-06.jpg

Web Traffic

4.png3.png6.png9.png2.png5.png
Today
Yesterday
This week
This month
Total436925

Who Is Online

3
Online

2025-09-24

Search